Pada Mereka Yang Mahu Kahwin Pada Usia Muda, Anda Perlu Hentikan 5 Sikap Buruk Ini, Jika Mahu Jadi Ibu Bapa Yang Baik.

 

Orang kata, nak jaga anak-anak pada zaman sekarang ini susah dan mencabar…

Orang kata, ramai anak muda nak kahwin awal kerana takut berlakunya maksiat…

Maka, ramai para ibu bapa mengahwinkan anaknya ketika usia yang muda kerana takut berlakunya zina. Ketika hubungan yang tidak halal dan tiada ikatan memang mencabar kerana adanya pihak ketiga iaitu syaitan yang sentiasa menghasut jiwa muda anak remaja ini. Dan sudah tentu situasi ini amat memalukan satu keluarga.

Oleh yang sedemikian, ketika usia muda lah perlu pelajari untuk ubah sikap dan hentikan lakukan 5 sikap buruk ini…

1. Hentikan kata-kata carutan.

Kata-kata carutan seolah-olah sudah sebati dalam diri anak muda zaman sekarang. Jika ia sudah menjadi kebiasaan dari usia yang muda sehingga lah ke alam rumah tangga, anak-anak kecil pasti mudah terikut. Jangan salahkan kawan-kawan di taska kerana mudah terpengaruh, padahal di rumah anda sebagai ibu bapa sering mengungkapkan kata-kata kotor tersebut.

Jika tidak dibendung perkara ini, memang semakin lama, semakin sukar untuk menjaga generasi baru yang akan datang.

2. Hentikan merokok.

Merokok bukan sahaja aktiviti yang mudah mempengaruhi anak muda zaman sekarang, bahkan tidak baik untuk kesihatan diri sendiri dan juga ahli keluarga. Jika mahu memiliki cahaya mata yang sihat walafiat tanpa sebarang penyakit, SIHAT kan diri anda sendiri dahulu. Asap rokok mampu menjejaskan kesihatan diri sendiri, apatah lagi pada mereka yang terdedah dengan asap rokok tersebut.

Dan jika anda mahu memiliki anak, mahu dikurniakan anak tanpa sebarang masalah, ketahuilah bahawa rokok mampu menjejaskan organ yang penting dalam tubuh badan manusia iaitu organ kesuburan pada lelaki dan juga wanita. Hati-hati!

Lelaki jangan salahkan seratus-peratus kepada wanita sekiranya tidak dikurniakan anak, kerana anda juga boleh menjadi salah satu punca daripadanya.

3. Hentikan gaya hidup yang tidak sihat.

Selain daripada merokok, anak muda juga perlu hentikan gaya hidup yang tidak sihat. Gaya hidup yang tidak sihat dan tidak diubah sehinggalah ketika memiliki anak-anak, mampu mempengaruhi mereka untuk ikut jejak langkah anda juga. Seperti sering makan makanan fast food, instant food kemudian tidak melakukan senaman pula.

Tidak hairan, anak-anak pada masa kini sering jatuh sakit, obesiti dan sebagainya.

4. Hentikan pergaulan bebas.

Isu yang paling kritikal pada zaman sekarang adalah pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Memang sebagai anak muda merasakan tidak kisah, jika anda sendiri melakukan perkara tersebut. Dan hanya menganggap, nanti dah ada anak sendiri, anda akan tahu untuk didik mereka. SALAH!

Mulakan dengan diri anda dahulu, mulakan dengan awal kerana seperti yang anda ketahui anak-anak anda akan ikut segala jejak langkah kedua ibu bapa nya.

5. Berhenti menjatuhkan maruah antara satu sama lain.

Lelaki henti jatuhkan maruah perempuan....

Perempuan henti jatuhkan maruah lelaki....

Malah, henti jatuhkan maruah sendiri....

Lebih-lebih lagi pada masa kini adalah zaman viral dimana lelaki dan perempuan antara satu sama lain sering jatuhkan maruah masing-masing melalui video, gambar atau cerita. Henti sebarkan aib masing-masing juga.

Lelaki mampu menjadi pemimpin yang baik untuk keluarga sekiranya isteri sama-sama membantu mengukuhkan hubungan perkahwinan.

Wanita mampu menjadi isteri yang taat pada suaminya, sekiranya suami bijak melayani kerenah dan emosi. Malah tahu kewajipan dalam memberi nafkah.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen