Antara Menu Bekal Ke Pejabat Yang Ringkas, Jimat Dan Lazat.

 

Dengan keadaan negara yang semakin maju dan membangun ini, pasti kadar ekonomi juga akan semakin tinggi. Maka dengan itu, peningkatan kos sara hidup memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Harga barang akan terus naik selari dengan peningkatan kos dan ia bukan sesuatu yang mudah dikawal oleh kerajaan kerana harga sesuatu barang bergantung kepada faktor bekalan dan permintaan.

Jadi, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa kita mempunyai kewangan yang cukup untuk sebarang kemungkinan nanti. Langkah berjaga-jaga yang dimaksudkan adalah dengan mempunyai simpanan serta tabungan untuk kegunaan masa depan atau disaat kecemasan.



Untuk melaksanakan perkara ini, amalan penjimatan sememangnya perlu dilakukan. Bahkan, membawa bekal ke tempat kerja, sekolah mahupun bersiar-siar adalah perkara yang perlu diamalkan. Amalan membawa bekal ini juga membantu diri anda untuk mendapatkan makanan yang lebih berkahsiat untuk tubuh badan.

Tidak perlu menyediakan makanan yang berat, tetapi cukup sekadar ia menyelerkan dan mengalas perut. Jadi idea yang dikongsikan oleh Nurul Iman ini cukup praktikal untuk semua golongan.

1. Ayam masak halia bersama salad campur.



2. Ikan tumis tomyam bersama timun dan salad.



3. Ikan goreng bersama kailan sos tiram.



4. Ayam masak lemak cili api bersama bendi yang dicelur.



5. Sambal petai tempoyak bersama ayam goreng.



6. Ayam masak halia bersama brokoli.



7. Ayam gril bersama sayur campur.



8. Ayam goreng bersama sup lobak merah.



9. Ikan singgang bersama sayur goreng.



10. Ikan masak kicap bersama ikan rebus goreng dan salad.



11. Ayam goreng kunyit bersama kailan goreng.



12. Tumis sardin bersama kailan goreng.



13. Kari kepala ikan bersama kobis goreng.



14. Terung tumis pedas bersama ikan goreng.



15. Kari ayam bersama terung goreng.



16. Sup sayur bersama ayam goreng.



17. Ayam masak hijau bersama salad.



18. Terung masak lemak bersama telur dadar.



19. Sup sayur bersama ikan goreng.



20. Sayur masak lemak bersama ikan goreng.




21. Ikan masak tempoyak bersama telur dadar.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen