Tanda-Tanda Anda Mula Rasakan, Di Saat Mengamalkan Diet Yang Salah.

 

Diet adalah satu perkara yang PASTI bagi golongan wanita, namun SUKAR untuk dilaksanakan kerana kurangnya disiplin dalam diri. Akan tetapi, ada segelintir golongan wanita mula melakukan diet yang salah seperti:

  • Tiada sarapan.
  • Tidak menghiraukan kalori dalam minuman.
  • Tidak menghiraukan kandungan protein dan lemak dalam makanan.
  • Langsung tiada garam dalam makanan.
  • Tidak mengambil berat tentang serat makanan.

Lalu mendorong diri untuk menjadi…

1. Sering swing mood.

Jika benar anda mengamalkan diet yang betul dan baik, tiada kemungkinan anda sering swing mood sahaja. Malah swing mood anda juga mempengaruhi orang di sekeliling sehinggakan ramai yang berkecil hati dan terkilan. Ini juga menandakan badan anda kekurangan vitamin, mineral dan omega-3 yang menyebabkan anda mempunyai masalah emosi.

Jadi, betulkan kembali pola diet pemakanan anda.

2. Sering tiada tenaga.

Apabila anda melakukan diet yang salah seperti di atas, tubuh badan anda akan menunjukkan kesan seperti lesu,letih, tiada tenaga, tidak dapat fokus melakukan satu kerja dan sebagainya. Diet yang betul sebenarnya akan membuat anda lebih bersemangat kerana nutrisi dalam makanan mampu membekalkan tenaga seharian.

Jika ini yang sering anda rasakan, anda sebenarnya kekurangan zat besi seperti:

  • Ayam.
  • Kekacang seperti kacang merah dan kacang peas.
  • Ikan.
  • Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi).
  • Jem kacang.
  • Kacang soya.
  • Roti.
  • Oat.
  • Kismis.
  • Sayuran hijau seperti bayam.

3. Sering jatuh sakit.

Diet, tapi asyik sakit pula. Macam mana ni?

Berkemungkinan besar anda mengamalkan diet yang salah. Makanan serat dan bernutrisi sepatutnya membuatkan badan anda bertenaga dan juga sihat sentiasa. Bukan sering jatuh sakit. Perhatikan kembali pola pemakanan anda. Jika anda rasakan kurang mahir, jumpa doktor pakar supaya dapat membantu anda menjadi kekal sihat.

4. Rasa makanan sukar hadam.

Anda sering merasakan perut senak, makanan susah dihadam atau dicerna adalah disebabkan juga dengan cara diet yang salah. Kemudian anda sering mengalami masalah sukar untuk membuang air besar, ini terjadi kerana kurangnya minum air putih dan kekurangan serat dalam makanan.

Oleh itu, pentingnya untuk anda konsum buah-buahan dan sayur-sayura setiap hari. Air putih juga membantu melawaskan perut anda.

5. Berat badan jadi tidak menentu.

Berat badan anda turun secara drastik dalam masa sebulan, kemudian berat badan meningkat dan sukar untuk turun pula. Mungkin ada juga berat badan yang maintain tapi susah nak turun-turun. Ini lah yang terjadi sekiranya anda mengamalkan diet yang salah. Sekiranya anda konsisten dalam menjaga diet pemakanan, tiada

Oleh yang demikian, jangan lakukan diet yang salah kerana ia bakal mendorong tubuh badan anda menjadi tidak sihat, apatah lagi emosi anda yang sukar untuk bertenang dan positif!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen