Malas Nak Bercinta! Masa Belajar Pun Boleh Jana Duit, Dengan Ikuti 6 Tips Ini.

 

Belajar di kolej atau universiti amat menyeronokkan kerana tiada komitmen, dapat berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan-rakan seolah-olah tiada masalah, dan fokus kita hanya untuk belajar sahaja. Malah tiada tanggungan yang berat, sekiranya tidak memiliki adik-beradik yang ramai.

Namun sedemikian, ada juga anak muda yang mempunyai rasa tanggung jawab untuk mencari duit sendiri, supaya tidak menyusahkan kedua ibu bapa, atau kakak dan abang untuk menanggung dirinya sendiri ketika belajar.

Bagi anda yang masih belajar, single dan malas nak bercinta, apa kata jana pendapatan melalui 11 sumber ini…

1. Melalui Grab/Transporter/Sewa.

Mempunyai kenderaan sendiri? Gunakan kenderaan anda ke arah yang mampu memberi anda pulangan. Ketika waktu belajar, kelas anda bukan penuh seperti masa pejabat dari 9 pagi sehingga 6 petang. Ada yang kelas pagi sahaja, ataupun kelas petang sahaja. Anda sendiri boleh pilih jadual yang anda mahukan, betul tak?

Jadi, luangkan masa ketika tiada kelas untuk jadi ‘Taxi’ kepada pelajar-pelajar lain seperti melalui grab atau dikenali sebagai Transporter. Kalau ada kawan-kawan nak pinjam kenderaan anda, sewakan kepada mereka. Tetapi ini sekiranya anda adalah seorang yang berani ambil risiko ya. Kalau tak berani nak sewakan, JANGAN lakukan perkara ini.

2. Melalui pre-loved.

Kebiasaannya di kawasan kolej atau Universiti pasti ada halaman atau tapak sewaan dimana pelajarnya boleh menjual barangannya sendiri. Jadi, ambil peluang ini untuk menjual barang-barang pre-loved anda, dan buat marketing di sosial media.

3. Melalui makanan/masakan.

Bergelar sebagai seorang pelajar, memang sentiasa kelaparan, kerana tenaga dikerah untuk membuat assignment daripada pagi sehingga malam. Malah, mereka juga gemar mencari makanan pada waktu malam tetapi malas untuk turun ke café.

Jadi, ini lah peluang anda untuk masak pelbagai makanan ringan untuk mereka seperti sandwich, roti telur, roti sardine, roti sosej dan sebagainya.

Nak jana pendapatan, mana boleh malas!

4. Melalui jus buah.

Anda seorang yang menjaga kesihatan, gunakan peluang ini untuk jana pendapatan. Sudah mencukupi sekiranya anda mempunyai pengisar buah-buahan. Hanya bermodalkan buah-buahan dan pengisar, anda juga boleh cari duit sampingan.

5. Melalui baby sitter.

Pada mereka yang suka anak-anak kecil, jadilah baby sitter ketika belajar. Baby sitter kepada kawan-kawan anda yang sudah memiliki anak, atau pun mana-mana saudara anda yang berdekatan untuk mencari pengalaman dan juga duit sampingan.

6. Melalui tutor/cikgu sementara/part-time.

Anda seorang pelajar yang sentiasa cemerlang dalam akedemik? Sekiranya rakan-rakan anda mempercayai kebolehan anda untuk mengajar atau menjadi tutor mereka, jadikan ia sebagai pekerjaan sampingan anda juga. Di kolej anda pasti ada kawasan rumah yang berdekatan, kan? Jadi ‘iklan’diri anda untuk menjadi guru sementara.

Selain daripada itu, antara peluang untuk anda jana pendapatan tanpa mengabaikan pelajaran anda adalah;

  • Tolong rakan-rakan yang bekerja di pasar.
  • Menjual buku-buku yang sudah digunakan kepada junior.
  • Printing note.
  • Sebarkan flyers.
  • Jual topup.

Walaupun keuntungannya sedikit, namun sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari pengalaman disamping menjana pendapatan. Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen