Duduk Berbincang Bersama Pasangan Mengenai 4 Perancangan Kewangan Ini.

 

Dalam sebuah hubungan rumah tangga, kekerapamn berbincang dalam mencari sesuatu penyelesaian adalah sangat digalakkan. Ini kerana, ia mampu mengelakkan masalah salah faham, percaya cerita orang ketiga, ataupun kurang mempercayai pasangan. Perbincangan yang kerap dilakukan untuk mencari penyelesaian dalam setiap masalah sememangnya mampu menjernihkan satu hubungan.

Begitu juga jika ia melibatkan kewangan. Ini kerana, kewangan pada masa ini begitu memainkan peranan penting sehinggakan pasangan yang sudah berkahwin boleh bercerai berai gara-gara tidak bijak dalam menguruskan kewangan. Jangan malu untuk berbincang perkara ini walaupun salah seorang dari anda miliki gaji yang lebih rendah.

Jika anda sayang akan hubungan yang ada malah sayangkan pasangan anda, cuba untuk lakukan perbincangan dengan sebaiknya. Jangan merasakan diri mampu untuk menangani kesemua masalah tersebut. Berikut adalah perkara yang penting dalam perbincangan kewangan kalian.



1. Wang akan digunakan untuk apa sahaja?



Cuba untuk duduk bersama dan berbincang kegunaan wang anda. Bincangkan bersama pasangan anda ke mana wang pada bulan tersebut telah digunakan. Adakah ke semua wang dibelanjakan ke tempat yang sepatutnya ataupun sebaliknya. Pastikan kalian turut berbincang untuk menambah wang ke dalam simpanan yang ada.

2. Bagaimana menguruskan kewangan?



Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, ini adalah sesuatu yang perlu difahami setiap pasangan. Ada orang yang boleh dengan mudah mengatur, merancang perbelanjaan, dan ada yang tidak dapat melakukannya sama sekali.

Atas sebab ini anda perlu berbincang dengan pasangan anda dan memutuskan siapa yang akan melakukan tugas berdasarkan kekuatan masing-masing. Jika anda merasa tidak cekap dalam menguruskan kewangan, maka biarkan pasangan yang lebih memahami untuk mengurusnya.

3. Bagaimana cara menyimpan secara konsisten?



Anda berdua pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang. Sebagai contoh, anda mahu pergi bercuti, menyediakan dana untuk membeli rumah, dana pendidikan anak-anak, dan sebagainya.

Cari jalan untuk kalian saling menyimpan secara konsisten untuk pastikan matlamat yang kalian mahukan itu berjalan dengan lancar. Jangan membiarkan salah seorang sahaja yang lakukan simpanan, perkara ini perlu dilakukan bersama. Berulah dapat hasil dengan segera.

Jadi anda boleh duduk berbincang dan mula menulis 5 hingga 10 perkara yang akan dicapai dalam beberapa tahun akan datang bersama pasangan anda. Seterusnya, anda boleh mula bekerjasama dan jadikan rancangan tersebut menjadi kenyataan.

4. Apa matlamat yang ingin dicapai bersama?



Salah satu matlamat menyimpan wang ialah untuk persediaan persaraan dan apabila anda tidak lagi bekerja. Jangan biarkan masalah persaraan dan pasangan anda hanya kerana perancangan tidak matang. Mulai sekarang untuk mengetepikan sebahagian daripada pendapatan anda untuk menyimpan dalam dana pencen.

Pernahkah anda membincangkan 4 perkara di atas dengan pasangan anda?

Jika tidak, maka sudah tiba masanya untuk duduk bersama dan berbincang dengan pasangan anda. Masalah kewangan adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan perceraian dalam rumah tangga, terutamanya jika suami dan isteri bekerja bersama-sama. Oleh itu, jangan biarkan anda terasing hanya kerana perancangan kewangan tidak matang bersama dengan pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,598 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen