Setiap Anak Muda Perlu Ada 5 Matlamat Ini Dalam Menyimpan Wang.

 

Anak muda yang berjinak-jinak mahu menyimpan wang untuk masa hadapan, sering terkandas di pertengahan jalan kerana tiada matlamat tetap dalam hidupnya sendiri. Mereka hanya mahu menyimpan, kerana mengikut trend dimana semua orang sedang menyimpan wang, mereka juga akan menyimpan tanpa matlamat.

Jika tiada matlamat dalam jangka masa pendek atau panjang, secara tidak sedar anak muda akan TERBELANJA wang tersebut atas dasar nafsu semata-mata. TERGUNA atau TERBELANJA ini sering terjadi kerana wang yang disimpan tersebut tiada matlamat.

Jadi, anak muda perlu berpendirian tetap dan mempunyai matlamat seperti berikut..

1. Matlamat untuk kecemasan.

(Contoh RM50 sebulan)

Matlamat untuk menyimpan wang demi kecemasan amat penting dalam hidup kita. Ia diibaratkan Menyediakan Payung Sebelum Hujan, jangan kerana terlalu mementingkan diri sehingga tidak mahu melanggan perlindungan takaful, simpanan untuk dana kecemasan pun langsung tiada. Disebabkan situasi sebegini ramai anak muda terpaksa meminjam dan berhutang dengan bank, mahupun dengan ahli keluarga.

Antara kecemasan yang anda bakal lalui adalah:

  • Sekiranya syarikat anda tidak cover medical, jadi daripada sumber mana untuk anda dapatkan kos rawatan? Daripada simpanan anda sendiri, ataupun perlindungan takaful.
  • Kemalangan.
  • Maintenance kereta.
  • Road tax.

2. Matlamat untuk membeli rumah.

(Contoh RM50 sebulan)

Setiap anak muda perlu ada matlamat untuk membeli rumah pada usia muda kerana rumah adalah salah satu aset fizikal yang mampu dijadikan sebagai pelaburan. Namun, anak muda harus mempunyai ilmu dalam bidang hartanah dan bijak mencari ejen yang bertauliah supaya rumah yang dibeli, mampu memberi pulangan dan pelaburan yang tinggi.

Dan juga, rumah adalah sebagai perlindungan untuk masa depan. Nanti dah kahwin, taklah pening nak duduk rumah keluarga atau mertua. Masalah di sini pun dah selesai, sekiranya anda memiliki rumah sendiri pada usia yang muda.

3. Matlamat untuk berkahwin.

(Contoh RM50 sebulan)

Apabila dah berfikir, nanti dah kahwin nak duduk rumah sendiri, sudah tentu matlamat seterusnya adalah untuk berkahwin. Tidak mengapa sekiranya anda masih tiada calon lagi. Disamping bermatlamat untuk menyimpan tabung kahwin, dalam masa yang sama carilah calon juga.

Tidaklah nanti, dah ada calon, tapi duit nak kahwin pula tiada. Kemudian couple bertahun-tahun, tak jadi. Bercinta lama-lama, akhirnya kekasih menjadi milik orang. Elakkan adegan buang masa sebegini.

4. Matlamat untuk membantu kedua ibu bapa.

(Contoh RM50 sebulan)

Jangan lupa juga kepada kedua ibu bapa anda sekiranya anda sudah memiliki kerja tetap. Walaupun sebenarnya kedua ibu bapa tidak mengharap duit anda, akan tetapi jika ingin dilimpahi rezeki oleh-Nya, senangkan beban kedua ibu bapa termasuklah dalam pemberian wang kepada mereka. Jika bukan untuk perbelanjaan harian, untuk kesihatan mereka juga sudah memadai seperti membeli ubat-ubatan.

Malah, anda juga boleh membantu mereka untuk pergi ke Umrah atau Haji kelak.

5. Matlamat untuk melancong.

(Contoh ikut warna duit, seperti biru untuk sebulan, hijau untuk sebulan, atau merah untuk sebulan)

Hidup juga tidak perlu terlalu serius. Kita juga masih perlukan hiburan dan kebebasan dalam kehidupan supaya ada keseimbangan. Tetapkan matlamat anda untuk melancong setahun sekali, supaya dapat mengenali dunia atau negara luar. Di samping untuk menambahkan pengalaman, anda juga boleh pelajari budaya luar demi mencari inspirasi hidup.

Jika, ketika ini anda berusia 20 tahun keatas dan konsisten dalam menyimpan wang disamping memiliki matlamat ini, cuba anda buat kira-kira dengan agihan ini…

  • Kecemasan RM50 sebulan= RM600 setahun
  • Beli rumah RM50 sebulan= RM600 setahun
  • Kahwin RM50 sebulan=RM600 setahun
  • Ibu bapa RM50 sebulan=RM600 setahun
  • Melancong (1X30hari= RM30 sebulan)= RM360 setahun

Paling malas pun anda mampu simpan 600X4=rm2,400 setahun dan juga ada untuk melancong sebanyak RM360. Nampak sedikit, kerana anda perlu agihkan duit simpanan, akan tetapi jika dilakukan dengan konsisten, sebenarnya anda pun tak sangka mampu simpan duit sebanyak ini untuk setahun.

Sekiranya dilimpahi rezeki oleh Allah, dilindungi oleh-Nya dan mempunyai kesihatan yang baik berpanjangan, duit anda dapat disimpan dengan banyak sebenarnya. Yakin kepada-Nya.

Selamat mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,726 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen