"Jangan Dongakkan Kepala Sekiranya Hidung Berdarah, Ia Beri Risiko Kepada Paru-Paru", Ini 10 Langkah Yang Tepat Perlu Anda Lakukan.

 

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, di mana sekejap panas, sekejap hujan ini pasti akan memberi kesan terhadap kesihatan anda. Banyak penyakit yang mungkin akan menyerang kita bila-bila masa sahaja. Pernah atau tidak dengan tiba-tiba hidung anda berdarah apabila keadaan cuaca yang panas?

Kejadian seperti ini bukanlah jarang untuk kita temui. Di mana-mana boleh berlaku. Sama ada kepada anak kita sendiri, anak murid di sekolah atau sesiapa sahaja.

Selalunya apabila hidung tiba-tiba berdarah ramai yang akan mendongkakan kepala kerana darah akan mudah berhenti. Itu biasanya petua yang kita akan lakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini.



Sebenarnya, langkah awal yang selalu kita ikuti itu akan memberi risiko kepada keadaan paru-paru kita. Ia dikatakan, darah dari hidung itu berisiko masuk ke paru-paru sekiranya kita mendongakkan kepala ketika hidung berdarah.

Jadi langkah yang awal yang bagaimana perlu dilakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini? Jangan risau, mari ikuti 10 langkah yang telah dikongsikan oleh Dr Ezairy M.Sallih ini.



Nak buat macam mana? Dongakkan kepala supaya darah berhenti? Atau masukkan daun sireh untuk hentikan pendarahan?

Nasihat saya, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ikut 10 langkah di bawah:



1. Bertenang. Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.

2. Tunduk. Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.

3. Picit bahagian luar hidung anda. Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.

4. Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.

5. Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

6. Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.

7. Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.

8. Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.

9. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.

10. Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung. Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian. Jangan lupa #KONGSI kepada orang yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen