“Berbahaya Jika Cabut Pisau Yang Tertusuk”, Jururawat Kongsi 7 Langkah Pertolongan Awal.

 

Beberapa hari lalu, seluruh Malaysia di kejutkan dengan kisah yang menyentuh hati di mana, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun, ditembusi sebilah pisau selepas melangkah di atas pinggan yang kemudian terjatuh. Di atas pinggan tersebut terdapat sebilah pisau.

Berdasarkan sumber, nenek kanak-kanak tersebut panik lalu mengeluarkan pisau yang tertusuk itu dengan bertujuan untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Malangnya, perbuatan itu hanya sia-sia, kanak-kanak tersebut tidak mampu di selamatkan.

Selepas berita tersebut tersebar, ramai yang mula menyatakan bahawa apabila tertusuk sesuatu yang tajam, seseorang tidak boleh cuba untuk mengeluarkannya kerana ia akan menyebabkan kematian.

Berikutan kes ini, seorang jururawat yang dikenali sebagai Bel Nawhen, telah berkongsi beberapa pertolongan apabila terlibat dengan kejadian yang serupa. Mari ikuti penerangannya.



Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?

Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.

Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.

Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.

Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?



Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:

1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.

2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.

3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.



4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.



5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.

Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.

Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.

6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.

Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen