Jika Nak Isteri Bertambah Sayang, Jaga Mereka Ketika Senggugut Dengan 6 Kaedah Ini.

 

Setelah berkahwin, si suami perlu ambil berat tentang isteri kesayangan termasuklah ketika didatangi haid atau period. Setiap individu akan mengalami period pain atau senggugut ini secara berbeza-beza, bahkan tidak semua wanita mempunyai aturan haid yang teratur. Kadang-kala 2 bulan sekali atau pun 3 bulan sekali kerana pengaruh hormon yang tidak stabil.

Berkenaan dengan senggugut ini, majoriti wanita akan mengalami sakit pinggang belakang kerana ia berpunca dari pengeluaran hormon prostaglandin, yang dikeluarkan semasa proses pengecutan rahim secara berlebihan bagi mengeluarkan darah.

Jadi, para suami harus memantau para isteri dengan...

1. Menjaga diet pemakanan isteri.

Golongan wanita harus dielakkan daripada makan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi seperti daging lembu, kambing atau produk tenusu. Menurut kajian, sekiranya golongan wanita yang mengalami senggugut mengambil makanan ini ia akan mengakibatkan pengecutan rahim yang kuat. Ini yang menyebabkan perut terasa senak, dan tidak selera nak makan.

Kalau minum susu pun, perut akan terasa buncit sedikit (bloated). Oleh itu, pantau diet pemakanan isteri anda seperti banyakkan minum buah-buahan, sayur-sayuran dan juga dibenarkan makan dark chocolate.

2. Sediakan isteri air suam atau pun green tea.

Isteri ketika senggugut pasti banyak kerenahnya, jadi si suami harus banyak bersabar dan sediakan minuman suam untuk isteri. Jangan bagi air sejuk atau ais kerana isteri akan mengalami perut yang tidak selesa. Jadi, sediakan air panas (bukan panas yang mendidih tetapi sedikit suam) kerana ia mampu memberi kelegaan pada otot rahim yang sedang kejang, dan mampu melancarkan peredaran darah juga.

Berikan green tea, atau hot chocolate.

3. Sediakan air herba.

Kaum lelaki memang kurang bab-bab air herba ni, apatah lagi kaum wanita pada zaman moden. Mana nak dapat air herba, kan? Jadi, gunakan sahaja barang di dapur anda seperti:

  • Halia.
  • Asam jawa.
  • Kulit kayu manis.
  • Kulit limau nipis.
  • Kunyit.

Semua bahan masakan ini hanya perlu direbus sahaja sehingga empuk. Gunakan salah satu bahan masakan seperti halia, gunakan dalam jumlah yang sederhana kemudian rebus sehingga betul-betul mendidih. Kemudian, tunggu sejuk dan boleh diminum. Jika tiada halia, boleh guna antara bahan masakan lain di atas.

4. Pastikan isteri cukup vitamin, suplemen dan minyak ikan.

Antara makanan yang boleh melegakan tekanan dan emosi isteri ketika period pain adalah pisang, ubi kentang, ikan dan ayam, kerana ia mengandungi vitamin B6, malah mengurangkan kembung perut juga. Selain itu, kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.

5. Bantu isteri untuk bertuam.

Seperti memberi isteri air suam, bertuam dengan air panas juga dapat membantu untuk mengecutkan otot-otot badan yang mudah kejang. Ambil kain dan rendam dalam air panas seketika, kemudian tuam pada abdomen belakang dan pada bahagian peranakan, kerana bahagia itu kerap mengalami kejang. Ini akan membuat isteri anda menjadi relaks dan tenang.

6. Pastikan isteri melakukan senaman juga.

Bukan senaman yang berat, namun sambil baring pun dapat bersenam. Menurut kajian, senaman ringan yang dilakukan ketika period pain boleh melegakan period pain. Seperti yang kita tahu, senaman mampu menghasilkan bahan kimia yang bernama endorphin dimana ia bertindak sebagai melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

Jika Suami Ambil Berat Ketika Isteri Period Pain, Pasti Isteri Akan Bertambah Sayang!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,781 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen