Para Ibu Bapa Jangan Ambil Ringan Sekiranya Terlihat Anak-Anak Kerap Makan Kotoran. Buruk Padahnya!

 

Anak-anak kecil sering kelihatan mencuba atau mengutip kotoran di atas lantai, dan lantas masuk ke dalam mulutnya. Ini adalah situasi yang normal kerana mereka mahu mencuba sesuatu yang baru, namun jangan biarkan ia sehingga ditelan kerana kotoran tersebut tiada nutrisi dan tidak sihat untuk tubuh badan.

Jika ibu bapa melihat anak-anak seperti kerap mengutip kotoran dan makan, ia berkemungkinan besar anak-anak mengalami penyakit PICA, dimana penyakit ini menunjukkan anak-anak ada masalah pemakanan. Antara kotoran yang menjadi makanan anak-anak adalah:

  • Cat.
  • Sabun.
  • Pasir.
  • Tanah liat.
  • Serbuk.
  • Bedak.
  • Gam.

PUNCA-PUNCA GANGGUAN PICA :

  • Dalam kebanyakan kes, pica terjadi disebabkan oleh kekurangan mineral atau ketidakupayaan mental.
  • Kekurangan mineral seperti zat besi.
  • Ketidakseimbangan kimia dalam otak atau kecederaan otak.
  • Tingkah laku yang cuba mencari perhatian.
  • Gangguan obsesif-kompulsif.
  • Kemiskinan.
  • Pengabaian dari keluarga.

BAGAIMANA CARA MERAWAT PICA PADA KANAK-KANAK?

Apabila mengetahui anak terlibat dengan gangguan ini, sebaiknya anda mendapatkan rawatan secepat mungkin. Jika tidak, ia boleh membawa kepada masalah fizikal dan emosi yang lebih serius.

Hal ini kerana, kemungkinan anak boleh menelan kotoran atau bahan berbahaya yang lain hingga membawa kepada komplikasi yang teruk seperti mabuk, kerosakan fizikal atau mental, keracunan plumbum, kecederaan gigi, kekurangan zat makanan, parasitis dan masalah usus.

Pakar pediatrik akan memeriksa dan menguji paras darah dan plumbumnya, tahap hemoglobin untuk anemia, jangkitan, mengambil ujian X-Ray dan sampel air kencing juga najis.

BERIKUT ADALAH CARA MERAWAT PENYAKIT PICA PADA ANAK:

  • Kembangkan perbendaharaan kata dan kemahiran komunikasi anak supaya dia dapat menjelaskan apa yang diinginkan.
  • Penuhkan barang makanan supaya anak boleh pilih.
  • Melarang anak mengambil benda yang tak boleh dimakan dan terangkan risiko jika makan bahan tersebut.
  • Ingat kesabaran adalah kunci untuk merawat anak pica dan tetap positif ajar anak makan pemakanan yang sihat.

LANGKAH MENCEGAH PICA PADA ANAK:

Pencegahan adalah langkah terbaik daripada mengubati jika mendapati anak suka makan kotoran. Jangan biarkan tabiat tersebut terus berleluasa dan berikut adalah cara mencegahnya.

  • Terangkan pada anak apa yang selamat dan tidak selamat dimakan.
  • Bercakap dengan anak mengenai bahan makanan dan bukan makanan.
  • Beritahu anak akibat jika makan bahan bukan makanan.
  • Simpan barang-barang yang selalu mereka makan seperti kapur, bedak dan lain-lain.
  • Pastikan mereka ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anak-anak kerap mengambil kotoran sebagai makanan. Jangan ambil ringan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen