Cara Membezakan Orang Yang Mempunyai Wang Dengan Mereka Yang Hanya Menunjuk Sahaja.

 

Sangat sukar untuk membezakan seseorang yang tahu bagaimana menyimpan wang dan memiliki wang dengan mereka yang tidak mempunyai wang tetapi ingin menunjuk bahawa diri mereka juga mampu hidup mewah seperti orang kaya. Pasti sangat sukar untuk membezakannya sekiranya kedua-duanya berbelanja di tempat yang sememangnya mahal.

Namuan begitu, anda boleh lihat selalunya mereka yang mempunyai wang ini lebih berjimat dan tidak suka menunjuk-nunjuk kemewahan mereka jika hendak dibandingkan dengan mereka yang hanya suka menunjuk sahaja. Mengapa? Ini kerana, orang yang mempunyai wang biasanya fikir untuk berjimat dan tidak mahu membazir, berlainan dengan mereka yang suka menunjuk ini.



Mari ketahuinya.



1. Ketika makan di restoran mewah.

Biasanya kitab oleh lihat mereka yang suka menunjuk ini akan makan di tempat yang mewah-mewah, paling biasa yang mereka pergi pun adalah restoran makanan segera. Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai wang tapi ingin berjimat ini. Biasanya mereka ini tidak terlalu kisah untuk makan di mana, di restoran mewah mahupun gerai di tepi jalan semua menjadi pilihannya.



2. Kaya diawal bulan.

Apa yang kitab oleh lihat pada mereka yang suka menunjuk ini adalah mereka adalah seorang yang kaya pada awal bulan. Apabila tiba awal bulan sahaja, maka banyaklah gambarnya di media sosial mengenai dirinya membeli belah ataupun makan di tempat mewah tapi apabila hujung bulan, terus senyap dari media sosial mereka. Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai wang dan suka berjimat, boleh lihat mereka ini dari awal bulan hingga hujung bulan perbelanjaan yang konsisten.



3. Menggunakan kad kredit atau kad debit.

Jika anda melihat seseorang yang terlalu kerap mengguakan kad kredit, itu mempunyai kemungkinan mereka menyimpan hutang terlalu banyak bahkan tiada simpana. Bagi mereka yang mempunyai wang, mereka akan menggunakan kad bank seperti kad debit kerana tahu di dalam bank mereka mempunyai wang yang cukup untuk membeli barang tersebut.



4. Membeli barang berkualiti atau membeli barang yang murah.

Apabila seseorang itu memiliki wang, sudah pastilah mereka ini akan membeli barangan yang berkualiti dan memuaskan hati mereka. Mana tidaknya, selain berjenama, barangan yang ini juga mampu bertahan dengan lama. Berlainan buat mereka yang suka menunjuk ini, mereka ini akan membeli barang yang kurang berkualiti ataupun sentiasa membeli barang yang bukan keperluan untuk dirinya.



5. Memeriksa tawaran yang murah atau yang terbaik.

Jika orang yang mempunyai wang, mereka sentiasa mahukan tawaran yang baik atau perkhidmatan yang baik. Berlainan mereka yang suka menunjuk ini, mereka lebih memilih untuk sesuatu yang murah, walaupun perkara tersebut bukan perkara yang baik.

Cuba lihat rakan-rakan di sekeliling anda dan juga diri anda sendiri. Adakah anda seorang yang suka menunjuk bahawa anda miliki wang di awal bulan atau sememangnya ada seorang yang mempunyai wang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen