Isteri Jangan Terlalu Emosi Menguruskan Kewangan Dengan Mengikuti Tips Ini.

 

Dalam rumah tangga, kewangan adalah aspek yang penting dan juga penanda aras dalam hubungan dimana mampu hidup berdikari atau pun tidak. Banyak hutang atau pun tidak. Banyak meminjam dari ibu bapa atau pun tidak.

Sudah sedia maklum, seorang suami mudah menjadi pelupa sekiranya sudah masuk ke alam rumah tangga, kerana terlalu banyak perkara yang lebih penting untuk diuruskan. Jika ketika bujang dan di awal perkenalan bersama isteri dahulu, isteri lah perempuan yang penting dimatanya yang mahu ke jinjang pelamin. Namun, setelah berkahwin, lelaki lebih berfikiran meluas dalam mengukuhkan hubungan.

Jadi, ramai dikalangan suami akan melantik isteri menjadi ‘Gabenor’ keluarga, supaya duit diurus dengan teratur. Jadi, apabila si suami sudah memberi tanggung jawab kepada isteri untuk uruskan kewangan, jangan banyak mengeluh, tapi jadilah isteri yang bijak dengan…

1. Seorang isteri yang bijak tidak mementingkan jenama.

Apabila sudah hidup berkeluarga, si isteri perlu bijak dalam mengendalikan emosi semasa membeli barang sendiri, suami atau pun untuk anak-anak. Ketika inilah emosi si isteri akan mudah terganggu kerana hanya menganggap barang berjenama sahaja berkualiti.

“Biar lah mahal, asalkan berkualiti dan tahan lama..”

Cari sahaja barangan yang murah, pasti ada yang berkualiti. Jangan ikutkan hati mampu memberi barangan berjenama sahaja.

2. Seorang isteri yang bijak mampu menggandakan duit.

Apabila si suami memberikan perbelanjaan atau nafkah setiap bulan, si isteri perlu bijak mengendalikan duit perbelanjaan tersebut. Malah, isteri yang bijak menguruskan kewangan pasti mampu untuk menggandakan duit perbelanjaan tersebut melalui pelaburan atau perniagaan. Jangan harapkan suami semata-mata dalam mencari rezeki lebih. Isteri juga harus membantu suami dalam menggandakan duit.

3. Seorang isteri yang bijak mampu mengagihkan duit.

Bagaimana untuk menggandakan duit? Rekod segala perbelanjaan setiap bulan, dan anda akan tahu dimana duit itu akan disalurkan. Jika terdapat perbelanjaan yang tidak penting atau tidak utama, agihkan duit tersebut dan simpan sedikit demi sedikit, kemudian laburlah dengan bijak dan dibantu oleh ejen yang pakar.

4. Seorang isteri yang bijak tahu kemampuan suami.

Jika melihat perbelanjaan yang diberi oleh suami sedikit untuk bulan tersebut, jangan merungut dan jangan mengeluh. Pasti ada sebabnya dan cuba berkomunikasi dengan suami. Komunikasi adalah kunci utama dalam hubungan suami isteri untuk mengelakkan perbalahan. Jangan memaksa suami, kerana suami adalah ketua keluarga, dan suami lebih bertindak rasional, malah tidak mengikut emosi semata-mata.

5. Seorang isteri yang bijak mampu berfikiran secara rasional.

Dalam menguruskan duit juga, si isteri perlu bertindak dan berfikir secara rasional supaya semua duit di bawah jagaan isteri selamat dan tidak dijadikan sebagai pemborosan. Satu-satunya perkara yang golongan wanita gagal mengawal emosi adalah, ketika duit banyak dalam genggaman. Ketika ini dalam minda banyak pula barangan shopping online yang mahu dibeli.

Hapuskan semua bayangan atau berangan nak beli barangan online itu.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen