7 Jenis Intermittent Fasting Yang Boleh Bantu Kurangkan Berat & Peratus Lemak Badan!

 

Pasti ramai yang sedang berusaha menguruskan badan sebelum raya bukan? Mana tidaknya ada yang pasang niat untuk memakai baju kebaya lah, memakai baju bersaiz M lah apabila raya nanti. Masing-masing mahu bergaya dengan badan yang langsing. Barulah apabila berjumpa dengan rakan-rakan lama tidak berasa begitu malu.

Berazam untuk menguruskan badan itu sememangnya bagus. Ini kerana, ia akan memudahkan seseorang itu untuk melakukan ibadah, mudah untuk mencari pakaian yang menutup aurat malah badan lebih sihat dan juga cergas.

Namun, untuk melaksanakan proses menguruskan badan itu bukan mudah. Mana tidaknya, ia perlu azam yang kuat, bahkan usaha yang konsisten serta tidak mudah putus asa. Ada yang memilih untuk menjaga pemakanan malah untuk melakukan senaman. Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu melakukan Intermittent fasting.

Intermittent fasting ini bukan satu perkara yang asing lagi. Teknik berpuasa yang diimplement di negara barat ada banyak dan diberi nama yang pelbagai. Ianya diberi nama sebagai Intermittent Fasting atau singkatannya dipanggil IF. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa ada 7 cara untuk melakukan kaedah ini.

Berikut adalah cara-caranya.



Kaedah pertama: Alternating day fasting.

Teknik berpuasa secara berselang seli diantara hari 'makan-makan' dan hari berpuasa. Dikatakan sebagai salah satu teknik yang efektif untuk menurunkan berat badan, di mana ianya dapat mengurangkan pengambilan kalori sehingga 50% meskipun anda makan gila-gila pada hari tidak berpuasa! Walaubagaimanapun, pakar nutrisi dan kesihatan bersependapat bahawa,pelaksanaan puasa sebegini adalah sangat menjurus kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat, meskipun ianya efektif untuk jangkamasa pendek tetapi bukan untuk jangkamasa panjang.



Kaedah kedua: One day per week fasting.

Buku tulisan Brad Pilion - Eat Stop Eat menerangkan tentang pelaksanaan IF ini. Teknik ini memberi 'result' yang berbeza jika dibandingkan dengan teknik Alternate day fasting dimana pelan pelaksanaannya adalah lebih sihat dari segi hidangan makanan dan juga lifestyle! Lagipun dalam masa seminggu,hanya sehari sahaja anda fokus kepada berpuasa. Senang dan ringkas.

Kaedah ketiga: Up to the 9th hour fasting.

Hanya 9 jam sahaja diperlukan untuk menjayakan teknik puasa ini. Berbuka ngam-ngam bila dah cukup 9 jam. Untuk beginner sesuai ni. (Kalau yang muslim, alang-alang puasa sunat terus).

Kaedah keempat: One meal per day fasting.

Sebenarnya IF ni terpulang lah ikut style mana yang korang suka. Untuk teknik ni, anda hanya perlu makan satu hidangan besar sahaja dan seterusnya berpuasa sepanjang hari. Tapi tak semua orang boleh buat teknik ni sebab ianya boleh tahan susah jugak la nak praktikkan.



Kaedah kelima: Nightly fasting.

Teknik berpuasa ini adalah melibatkan kepada pelaksanaan berhenti makan beberapa jam sebelum tidur. Kebiasaanya adalah 5 jam sebelum tidur dan seterusnya ianya dilanjutkan ke dalam tidur sehingga keesokan harinya. Ianya sangat mudah dipraktikkan kerana ianya memerlukan sedikit pengubahsuaian lifestyle jika nak dibandingkan dengan jenis IF yang lain.

Kaedah keenam: 16/8 fasting.

Teknik IF ini hanya mensasarkan hanya 16 jam tempoh berpuasa dan untuk 8 jam yang seterusnya korang bolehla window eating sesuka hati tetapi sebaiknya dalam bentuk hidangan yang sihat ya.

Kaedah ketujuh: Puasa sunat Isnin & Khamis.

Yang ni sememangnya direkemen sebab ianya balance dari segi keperluan fizikal dan rohani. Yang ni jarang sangat orang buat, tapi serius berpahala. Apalagi jom rajin-rajinkan diri berpuasa pada kedua hari sunat ni. Duit belanja hari isnin khamis boleh masuk tabung infaq atau bagi orang susah makan. Kann?



Buat anda yang sedang mencari diet bagaimana sesuai dengan anda. Mungkin boleh cuba salah satu kaedah di atas dan lihat sama anda ia sesuai dengan anda atau tidak. Selamat mencuba.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen