Cara Wanita Bijak Uruskan Kewangan Mereka.

 

Wanita adalah seseorang yang suka berbelanja, di mana mereka ini mampu menghabiskan beribu ringgit dalam masa sehari. Bermula dengan baju baru sentiasa, barangan makeup, produk kecantikan, keperluan harian dan pelbagai lagi menyebabkan seorang wanita itu tidak teragak-agak untuk berbelanja lebih banyak dari yang sepatutnya.

Kesukaran wanita untuk mempunyai simpanan ini sememangnya agaktinggi. Ini kerana mereka selalunya lebih mementingkan keinginan mereka berbanding memikirkan masa hadapan. Jadi, bagaimana mereka ini boleh menguruskan kewangan mereka dengan bijak tanpa lalai untuk menabung?



1. Mula merekod perbelanjaan.

Perkara yang perlu dilakukan oleh untuk memastikan segala perbelanjaan teratur adalah dengan merekod segala perbelanjaan yang dibuat. Pastikan jangan tertinggalkan sedikit pun apa yang telah anda beli atau belanja. Dengan melalui kaedah ini, anda boleh membandingkan di antara perbelanjaan anda bulan ini dan seterusnya. Bukan itu sahaja, anda dapat membuang perkara yang tidak seharusnya anda belanjakan.



2. Kurangkan berbelanja.

Apabila anda lihat terlalu banyak perbelanjaan pada bulan sebelumnya sehingga anda tidak mempunyai sebarang simpanan, maka anda harus mula kurangkan berbelanja. Cari yang mana anda rasakan tidak perlu dan mula untuk tidak berbelanja ke arah itu lagi. Ataupun anda pula kawal cara anda berbelanja di mana elakkan pembaziran.

3. Kurang hangout.

Selalu keluar bersama rakan-rakan juga akan menjadi punca anda gagal menguruskan kewangan dengan baik. Ini kerana, apabila bersama mereka anda akan lebih banyak berbelanja. Tidak kiralah ia sekadar makan atau minum sahaja tetapi jika anda sentiasa bersama mereka pasti banyak wang yang lebih banyak habis.



4. Kejar waktu sale.

Untuk lebih jimat, adalah lebih baik sekiranya anda membeli barang ketika sedang ada promosi atau sale. Ini kerana, anda mampu miliki satu barang dengan harga yang lebih murah dan menjimatkan. Nmaun begitu, anda tidak tidak digalakkan untuk berbelanja dengan banyak ketika sedang berlangsungnya sale ini. Hal ini kerana, ia akan membuatkan anda berbelanja lebih banyak dari sepatutnya.

5. Masak dan makan di rumah.

Sebagai seorang wanita, anda pasti mempunyai kemahiran memasak walaupun tidak begitu mahir. Maka dengan itu, apa anda gunakan kemahiran memask anda dan makan di rumah. Ini akan membantu anda berjimat denagn lebih baik. Bukan itu sahaja, makanan yang dimasak di rumah adalah lebih bagus untuk kesihatan.



6. Guna kad kredit dengan bijak.

Sesetengah wanita biasanya tidak boleh kawal diri mereka dengan baik apabila memegang kad kredit. Tapi untuk memastikan anda berjimat, anda perlu lakukan kad kredit bila perlu sahaja. Jangan gunakannnya untuk membeli pakaian yang mahal ataupun untuk perkara yang tidak penting. Anda perlu tahu apa akibatnya sekiranya berhutang terlalu banyak dengan kad kredit.

Jangan biasakan diri anda boros dalam perbelanjaan, ini kerana anda tidak tahu dengan siapa akan menjadi pasangan hidup anda. Adalah lebih baik jika anda mengawal perbelanjaan agar kehidupan anda di kemudian hari lebih mudah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen