Awas Dengan Perasaan Cinta Anda! Ini 6 Tanda Anda Bertepuk Sebelah Tangan!

 

Sikap si dia yang acuh tidak acuh membuat anda bingung? Si dia tidak terlalu tertarik pada anda dan hanya menganggap anda sebagai teman biasa?

Biasanya lelaki akan benar-benar serius dalam perhubungan dengan wanita yang benar-benar disukainya. Jika tidak, awas! Mungkin si dia hanya menganggap anda sebagai teman sahaja. Daripada anda ragu dan terus bertanya-tanya, ini dia tanda-tanda cinta anda bertepuk sebelah tangan atau tidak. Sebelum itu, tarik nafas anda dalam-dalam, sediakan tisu dan bertenang.



Tanda-Tanda Cinta Bertepuk Sebelah Tangan :

1. Hanya anda yang mencarinya dahulu.

Jika anda sahaja yang beria menghubungi lelaki, itu petanda yang buruk. Lelaki yang menyukai anda pasti mempunyai tindakan untuk meletakkan dirinya lebih dekat dengan wanita yang disukainya.

2. Dia memperkenalkan anda sebagai temannya.

Ketika hadir ke sebuah acara bersamanya, dia mengenalkan anda sebagai temannya. Itu tandanya dia sama sekali tidak menyimpan perasaan pada anda.

3. Sering mengabaikan anda.

Sering tidak mengangkat telefon, jarang membalas mesej atau sering sibuk, boleh jadi itu petanda dia ingin menjauh dari anda. Berhentilah untuk mendekatinya, anda terlalu berharga untuk diabaikan. Carilah lelaki yang memang benar-benar ikhlas jatuh cinta pada anda.



4. Menggoda wanita lain ketika bersama anda.

Sekiranya dia jatuh cinta pada anda, dia tidak akan menggoda wanita lain ketika bersama Anda. Dia pasti akan berusaha untuk menjaga hati anda.

5. Tidak kisah tentang anda.

Jika benar dia jatuh cinta pada anda, pastinya dia akan mengambil berat tentang anda. Dia tidak akan membiarkan anda menguruskan hal bersendirian.

6. Mengelak daripada berbicara tentang perasaan.

Ketika anda bercerita tentang cinta atau anda berkias meluahkan isi hati, si dia mengelak dan sering menukar topik lain. Itu petanda si dia tidak mahu bercerita tentang cinta.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen