Buat Anda Yang Baru Sahaja Berkahwin, Ini Tips Kewangan Yang Patut Lakukan.

 

Masalah kewangan adalah perkara yang akan dilalui oleh mana-mana pasangan suami isteri. Malah masalah pengurusan kewangan dengan baik akan menyebabkan sebuah pasangan yang saling mencintai itu akan berpisah. Maka pengurusan kewangan dari awal perkahwinan adalah sangat penting.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang, setiap pasangan perlu lakukan perbincangan bersama agar mampu mendapatkan jalan penyelesaikan bersama. Maka dengan itu, semua perkara perlu dilakukan dari awal perkahwinan lagi. Ini kerana, ada di antara kalian akan berdepan dengan masalah kewangan ketika baru sahaja berkahwin. Jadi bagaimana nak uruskan kewangan kalian bersama?



1. Berkongsi kewangan.

Apabila telah berkahwin ini, maka anda dan pasangan perlu telus dalam kewangan kalian. Di mana kalian tidak boleh menipu pasangan mengenai kewangan atau masalah yang dihadapi. Apa yang anda perlu beritahu pasangan anda adalah hutang, sumber pendapatan, kad kredit serta lain-lain lagi.

Kejujuran ini sangat penting untuk membina kepercayaan antara satu sama lain. Ini kerana kalian akan berkerjasama sebagai satu pastukan untuk jangka masa yang panjang.

2. Berkongsi matlamat yang kalian bina.

Masing-masing mempunyai matlamat yang tersendiri. Jadi setelah menjadi suami isteri, kalian seharusnya berkongsi matlamat itu bersama. Tidak kiralah ia matlamat jangka panjang atau jangka pendek, kedua-duanya penting untuk memastikan setiap matlamat itu tercapai. Mana tahu jika pasangan anda juga miliki matlamat yang sama, maka lebih mudah untuk kalian mencapainya bersama.



3. Mula membina had pembelanjaan bersama.

Untuk memulakan sesuatu yang baik, maka kalian perlu memahami tabiat berbelanja pasangan kalian. Untuk bulan yang pertama dan yang kedua, jangan lupa untuk menglistkan setiap penggunaan wang masuk dan keluar yang kalian berdua lakukan.

Ini kerana akan memudahkan anda untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu ataupun menambah perbelanjaan yang anda rasakan perlu. Bahkan ia juga memudahkan kalian untuk sentiasa saling berjaga pengurusan kewangan bersama.



4. Kongsi kewangan bersama.

Jangan guna matlamat seperti wang suami milik anda, wang anda milik anda. Tetapi guna matlamat bahawa wang kalian itu adalah milik bersama. Maka dengan itu baru segalanya lebih mudah untuk diuruskan. Tapi itu jika berkenaan perbelanjaan rumah sahaja.

Sebagai suami, walaupun berkongsi wang anda jangan lupa untuk memberi nafkah kepada isteri anda. anda perlu tahu bahawa itu adalah kewajipan anda sebagai seorang suami.

5. Buat senarai perkara yang membahayakan kewangan kalian.

Untuk memastikan bahawa setiap daripada anda terjermus ke dalam perkara yang membahayakan kewangan. Maka kalian perlu saling mengingati antara satu sama lain agar tidak terlibat dengan perkara sebegitu. Sebagai contoh, tidak menjadi guarantor sesiapa, tidak terlibat dengan MLM, tidak terlibat dengan hutang kad kredit yang bertimbun dana pelbagai perkara lain. Anda perlu bijak dalam hal ini. Jangan biarkan masalah seperti ini akan menggangu keharmonian hubungan anda.

6. Jangan berahsia.

Apabila anda telah menjadi suami isteri, setiap perbelanjaan wang anda perlu diketahui oleh pasangan anda. Bahkan segala pinjaman dan apa yang anda ingin lakukan dengan wang juga perlu dikongsi bersama pasangan anda. Ini kerana, pasangan anda mungkin akan lebih bersedia apabila berdepan dengan masalah kelak.

7. Buka pelindungan bersama.

Demi keselamatan bersama, anda juga digalakkan untuk membuka pelindungan bersama. Sebagai contoh membeli insuran, membuka akaun bank bersama ataupun membuat simpanan kecemasan. Ini kerana, anda tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Dalam menguruskan kewangan di dalam rumah tangga ini, masing-masing perlu mempunyai sifat tolak ansur, antara satu sama lain. Jangan mempunyai sifat pentingkan diri kerana kehidupan anda sudah berubah bukannya seorang yang bujang lagi.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen