Nak Senyuman Yang Menawan? Lakukan 5 Tips Penjagaan Gigi Agar Lebih Sihat.

 

Senyuman adalah perkara yang paling penting buat seseorang. Ini kerana, senyuman juga adalah satu penampilan yang dilihat oleh seseorang apabila bertemu dengan orang lain. Dengan miliki senyuman yang menawan, seseorang itu mampu tampil lebih yakin. Senyuman yang menawan ini biasanya dilengkapi dengan gigi yang putih serta bersih, malah sentiasa mendapat rawatan yang terbaik.

Namun bagaimana untuk miliki gigi yang bersih serta kelihatan seperti mendapatkan rawatan doktor? Mari cuba tips ini, anda pasti akan mendapatkan kesan sama seperti mendapat rawatan. Itu pun jika masalah gigi anda tidak teruk.






1. Jaga kebersihan mulut dan gigi.

Perkara yang paling penting sudah pastilah anda perlu sentiasa menjaga kebersihan gigi anda. Pastikan anda memberus gigi anda sebanyak dua kali sehari. Dengan memberus gigi dengan kerap, ia dapat membersihkan gigi anda dari sisa makanan dan juga kuman. Jadi gigi anda aakan lebih bersih dan cerah. Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida atau arang yang berguna untuk meningkatkan kecerahan gigi. Jangan lupa kumur dengan penyegar mulut agar nafas anda berbau segar.



2. Amalkan bahan semula jadi.

Sering menjadi perkongsian orang-orang dahulu di mana, penggunaan lemon dan juga baking soda ini membantu untuk memutihkan gigi. Maka dengan itu, guna dua bahan ini dengan kerap agar ia mampu untuk mencerahkan gigi anda. Adalah lebih elok sekiranya anda menggunakannya dua kali seminggu. Jangan terlalu kerap pula ya.



3. Amalkan gaya hidup sihat.

Pasti ramai yang tahu bahawa merokok, meminum minuman ringan atau kopi ini juga akan memberi kesan kepada warna gigi. Adalah lebih elok sekiranya anda mengurangkan kesemua perkara ini agar gigi anda lebih berseri warnanya. Ada yang tidak tahu bahawa minuman ringan ini tidak bagus untuk tubuh badan malah tidak elok untuk kesihatan gigi.



4. Guna white strip.

Pemutihan gigi adalah salah satu cara mudah untuk mendapatkan gigi putih bersih seperti dalam iklan. Walau bagaimanapun, harganya tidak murah, menjadikan ramai orang berfikir lagi untuk melakukannya. Jadi untuk yang lebih murah gunakan white strip di mana anada boleh guna bila-bila masa sahaja dan ia juga berkesan dengan masa yang pendek.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen