Mertua Vs Menantu.  “Belajarlah Ambil Hati Walaupun Ianya Sukar..” – Ibu Rose -

 

Bermulalah daripada awal perkenalan dengan pasangan sehingga ke jinjang pelamin, jangan terlalu cepat berputus asa untuk memikat hati ibu mertua. Jangan bertindak seperti keanak-anakan, dan juga jangan berfikiran tidak matang apabila mengendalikan emosi bersama ibu mertua dan juga ipar duai.

Oleh itu, pasangan suami isteri harus mempelajari teknik-teknik untuk mengenal hati budi ibu bapa mertua ini tanpa jemu, dan belajarlah ambil hati walaupun kelihatan agak sukar seperti perkongsian daripada Ibu Rose ini…

********

MERTUA VS MENANTU

Sesuatu yang Ibu belajar dari University of Life mengenai satu perkara ini...maaf ya sekiranya bila membawa perkara ini kehadapan boleh menimbulkan rasa marah pada segelintir manusia. Namun, rasanya peringatan ini perlu disampaikan.

-----------

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa mertua, janganlah membenci pasangan anak-anak mu. Walaupun mereka bukan pilihan hati mu, mereka adalah jodoh anak-anakmu.

Jika kamu membenci mereka terlalu sangat dan berusaha memisahkan mereka dengan segala macam usaha yang mencederakan fizikal, emosi dan mental, ianya akan hanya mencederakan dirimu di dunia dan di akhirat.

Adalah lebih mudah untuk hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti serta hidup mereka dan keluarga mereka, bila segala tenaga itu kita alihkan untuk mengindahkan pertalian kita dengan mereka. Anak kita juga akan selesa dan tidak berserabut.

Cucu-cucu kita juga akan merasakan kasih-sayang kita. Menantu kita juga akan lebih menghormati kita.

Kebencian boleh membawa kepada banyak kesan negatif pada bukan hanya pada menantu yang tidak disukai, tetapi kepada anak-anak yang bakal dilahirkan dari zuriat itu.

Bagi para menantu yang tidak mempunyai perhubungan baik dengan mertua dan sering disakiti perasaan, banyak-banyakkanlah mengalah dan berdoa agar Allah menurunkan perasaan ehsan ke dalam diri mertua.

Elakkanlah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghasut pasangan. Ingatlah sebelum dia itu menjadi pasangan kita, dia adalah anak mereka. Banyak masa, tenaga, airmata dalam membesarkan dan mendidik pasangan kita itu. Tentunya di situ perlu kita menghargai.

Belajarlah mengambil hati walaupun ianya sukar.

Ibu telah melihat terlalu banyak kesan negatif kepada anak-anak yang dilahirkan dalam persengkataan diantara menantu dan mertua. Kasihan sungguh kepada anak-anak itu.

Kita perlu sedar diri, setinggi mana pun ego, pangkat dan hebatnya keturunan kita, akan tiba masanya kita akan dikapankan dan masuk ke liang lahad.

Ya Allah dikau lembutkanlah hati kami dan isikannya dengan perasaan kasih-sayang kepada sesama manusia kerana MU.

Salam Kasih

Ibu Rose

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen