4 Cara Berjimat Cermat Paling Mudah Selepas Nikah.

 

Cara Berjimat Cermat. Bagi anda yang gemar berbelanja, memang bukan perkara mudah untuk berjimat cermat. Anda tentunya punya banyak alasan untuk berbelanja, dan sedikit sahaja alasannya untuk tidak berbelanja. Ada di antara kita, sebelum gaji memang berkobar-kobar semangat untuk berjimat cermat atau berjanji untuk tidak boros lagi nanti. Tetapi, bila dah gaji lain pula jadi. Ada-ada sahaja yang menarik minat anda untuk membelinya biarpun barangan tersebut bukanlah satu kepentingan.



Mengawal kewangan ketika anda masih solo atau hidup bujang dan setelah berkahwin sangat berbeza. Setelah berkahwin, perubahan kedudukan kewangan anda perlu difikirkan. Masalah wang merupakan perkara yang cukup emosional, dah salah satu punca utama penceraian atau retaknya mahligai yang terbina. Memang ramai orang mengalami masalah kewangan sehingga sukar untuk memenuhi keperluan hidup yang semakin lama semakin banyak. Dan cara berjimat cermat juga ada bermacam-macam jenis.

Mudah-mudahan 4 cara yang kami sarankan ini boleh anda praktikan agar anda kedudukan kewangan anda stabil.

1. Mulakan menabung.

Kurangkan pengeluaran dan menabunglah dengan lebih banyak! Anda mungkin telah menghabiskan semua wang tabung atau simpanan anda untuk majlis perkahwinan tersebut. Inilah saatnya untuk anda bangun kembali untuk menyimpannya. Bukan bermakna anda harus mengikat perut berhabis-habisan semata-mata untuk membuktikan anda telah berjimat cermat. Anda perlu mengubah cara berfikir, berjimat cermat bukan hanya untuk pengeluaran wang yang besar sahaja, sebaliknya perkara kecil juga tetap berpengaruhi.Sebagai langkah awal, kumpulkan paling kurang sisihkan enam kali pengeluaran bulanan untuk menyimpan sebagai dana darurat. Selain tu, mulakan mengatur cara berjimat cermat yang terbaik untuk perbelanjaan keluarga. Utamakan pembelian dan buatlah senarai perbelanjaan termasuk belanja dapur, rumah, kenderaan dan sebagainya.



2. Saling berkongsi pendapatan.

Setelah berkahwin, anda dan pasangan harus lebih bertolak ansur. Pastikan wang yang ada, adalah milik anda berdua. Elok juga jika anda membuka akaun simpanan bersama bagi tujuan kewangan bersama.

3. Keluar daripada beban hutang.

Keluar dari hutang dan hidup bebas daripada hutang adalah salah satu cara untuk hidup stabil daripada segi kewangan. Jika pasangan adan belum tahu menahu tentang kedudukan kewangan atau hutang piutang anda, perkara tersebut hendaklah anda bincangkan. Melalui perbincangan tersebut anda boleh memutuskan bagaiman anda berdua akan menyelesaikan pinjaman tersebut.

4. Cari punca utama ke mana wang anda habis dibelanjakan.

Hindari memiliki kad kredit lebih daripada yang anda perlukan. Seperti zaman bujang, anda berdua tentu telah menikmati dan menghabiskan wang selama bertahun-tahun tanpa meminta pendapat daripada sesiapa pun. Tetapi setelah berkahwin, anda dan pasangan perlu saling berbincang dan menangani setiap kelemahan yang anda, terutama dalam pengurusan kewangan. Apakah salah seorang daripada anda pemboros orangnya? Atau, pasangan anda lebih berjimat cermat berbanding anda? Jadi, carilah cara untuk menangani perbezaan tersebut bagi mencapai suatu tujuan bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen