Antara Sebab Para Wanita Tidak Patut Malu Belajar Tinggi-Tinggi Tetapi Jadi Suri Rumah.

 

Pada masa kini, kelihatan para graduan terutamanya golongan wanita sukar untuk mencari kerja. Mempunyai masalah yang terlalu peribadi sehingga sukar mendapat kerja yang diidamkan adalah salah satu punca tiada syarikat mahu mengambil golongan wanita bekerja. Antara salah satu masalah peribadi adalah untuk maternity, emergency leave (EL) ketika anak-anak sakit dan seumpama dengannya.

Jadi, golongan wanita tentu akan berasa serba salah dengan keluarganya kerana belajar tinggi-tinggi tetapi jadi suri rumah pula setelah berkahwin. Namun sedemikian, ia bukan lah sesuatu yang perlu dimalukan kerana menjadi suri rumah adalah kerja yang tidak mampu dibalas jasa oleh suami apatah lagi si anak-anak nanti.

Maka, Para Wanita Jangan Malu Sekiranya Belajar Tinggi-Tinggi Tetapi Jadi Suri Rumah, Kerana….

1. Mampu menjadi 'CIKGU' kepada anak-anak.

Para suami isteri yang bergelar ibu bapa perlu tahu bahawa didikan kepada anak-anak adalah bermula daripada rumah, bukannya bermula daripada cikgu di Taska. Taska, tadika atau pra-sekolah ini hanya membantu anak-anak dalam meluaskan kemahiran bersosial dan menjadi lebih berdikari tanpa kehadiran ibu dan bapanya sahaja.

Ibu bukan sahaja dapat mendidik anak-anak dalam aspek emosi, malahan dapat menjadi cikgu bahasa melayu, bahasa inggeris, agama atau juga matematik. Jika ada kelebihan berbahasa lain seperti mandarin, pasti ia adalah satu bonus pada anak-anak.

Memiliki sijil, diploma atau ijazah juga dapat membantu anak-anak untuk membesar.

“Eh, anak-anak membesar dan dapat didikan daripada ibu yang berpelajaran, kenapa perlu malu?”

2. Mampu menjadi 'CHEF' pada anak-anak dan suami.

Para ibu juga tidak perlu terlalu risau dengan diet pemakanan anak-anak apabila di luar rumah. Maka, jadilah chef yang terhebat untuk anak-anak, termasuk juga suami. Dengan adanya pelajaran yang tinggi, pasti anda boleh menjadi kreatif dalam segala resipi atau menu yang dihidangkan kepada keluarga. Hanya melihat lambakan video-video masakan di sosial media, mana tahu anda dapat mencari kreativiti dalam masakan pula.

Di samping menjadi suri rumah, anda juga membuat perniagaan online melalui masakan. Cuba lah!

3. Mampu menjadi ‘DOKTOR’ pada suami dan anak-anak juga.

Doktor disini bukan lah bermaksud akan membuat segala kerja yang dilakukan oleh doktor professional di hospital, namun dapat mengendalikan secara asas pada suami dan anak-anak ketika sakit. Seperti memasak bubur, mandikan air limau, minum air asam jawa dan sebagainya. Hanya dengan tangan ibu sahaja, hilang segala kesakitan dalam badan, kan?

Cuba kalau ayah yang jaga anak-anak sakit, pasti anak-anak masih mahu ibu juga yang menjaga mereka. Bak kata pepatah, tangan ibu boleh sembuhkan segala kesakitan.

4. Mampu menjadi ‘JURUTERA’ pada anak-anak.

Para ibu bukan sahaja boleh menjadi seorang cikgu, tukang masak, dan sembuhkan sakit anak-anak dan suami, malah mampu menjadi ‘jurutera’ juga. Jurutera bermaksud mampu membaik pulih segala barang yang ada di rumah, mungkin si ibu mampu untuk membaiki barang-barang permainan anak-anak secara asas.

Ataupun menjahit segala barang-barang sekolah anak-anak.

Kalau tak ada ibu, semuanya seolah-olah tidak lengkap, kerana ibu mampu membuat semua perkara di rumah.

Oleh yang demikian, menjadi suri rumah juga adalah satu pekerjaan untuk golongan wanita. Suri rumah adalah kerja tanpa henti dari siang dan malam, yang patut diteladani oleh anak-anak. Suami juga jangan pandang ringan dengan pekerjaan ini, dan jagalah hati isteri dari segi emosi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen