Apabila Si Kecil Tertangkap Mencuri Jangan Terus Marah, Ibu Bapa Ambil Pendekatan Yang Bijak.

 

Sekarang ini kebanyakkan ibu bapa akan memasuki group WhatsApp anak-anak sekolah mereka agar lebih mudah untuk mengetahui perkembangan anak mereka malah lebih mudah untuk mengetahui apa yang mereka pelajari di sekolah. Bahkan, banyak ibu bapa yang menggunakan pendekatan ini untuk mengetahui sikap bagaimana anaknya itu.

Pernah anda menjumpai barangan bukan miliki anak anda pada beg sekolahnya? Mungkin anda berfikir bahawa barangan tersebut milik rakannya yang dipinjam oleh anak anda ataupun anak anda terlupa untuk memulangkannya. Namun, jangan terlalu cepat untuk anda lakukan kesimpulan ini. Cuba bertanya mereka dahulu, mana tahu mereka mencuri mainan tersebut.



Bukan untuk berfikiran buruk mengenai anak sendiri, tetapi adalah lebih elok anda selidiki sebelum orang lain yang menuduh anak anda mencuri bukan? Tapi jika benar anak anda mencuri, apa yang perlu anda lakukan? Adakah anda akan memarahi serta memberi hukuman kepadanya?

Jangan terburu-buru, cuba untuk kawal keadaan agar anak-anak anda tidak takut dengan anda. Cuba untuk jadi lebih bijak dalam tangani masalah ini. Cuba anda lakukan beberapa perkara ini apabila anak anda tertangakap mencuri barangan milik rakannya.



1. Memahami sebabnya.

Jangan terlalu mudah untuk lontarkan kemarahan anda terhadap anak anda. Sebelum memarahi mereka, cuba untuk ketahui sebbab dan puncanya. Terdapat beberapa punca anak anda mencuri barang orang lain, seperti:

i. Mungkin dirinya memerlukan perkara tersebut dalam kerja sekolahnya, namun takut untuk meminta dari anda. Maka dia mengambil barangan itu dari rakannya.

ii. Masih belum memahami konsep jual beli. Mereka fikir bahawa apabila dirinya mahukan sesuatu maka hanya sekadar ambil tanpa minta izin atau bayar.

iii. Masih tidak dapat membezakan mencuri atau meminjam. Mungkin dirinya rasa dengam mengambil barang tersebut ia dianggap pinjam sedangkan mengambil barang tanpa izin dianggap mencuri.

2. Beritahu anak bahawa tindakan itu salah.

Apabila anda menangkap mereka ini mencuri, minta untuk mereka tidak melakukannya lagi. Malah memberitahu mereka bahawa mencuri adalah tindakan yang tidak baik dan dipandang buruk oleh orang lain. Ajar anak untuk merasai kesedihan sekiranya barangan mereka diambil oleh orang lain.



3. Kembalikan barang yang dicuri dan ajak kanak-kanak itu meminta maaf.

Selepas menjelaskan bahawa tindakan itu salah, anda mesti meminta anak anda untuk memulangkan barang yang dia telah dicuri. Jangan lupa meminta anak meminta maaf kepada pemilik barang tersebut.

Kemudian, ajarlah untuk menjaga mainan dengan baik. Sentiasa meminta izin apabila anda mahu meminjam atau meminta sesuatu dari orang lain. Jelaskan bahawa kanak-kanak mesti menjaga barangan yang dia meminjam dengan baik dan mengembalikannya apabila ia digunakan.

4. Gunakan hukuman jika dia mencuri lagi.

Untuk mengelakkan anak anda dari melakukan perkara ini lagi, cuba letakkan hukuman jika mereka mengulanginya. Hukuman yang membuat dirinya menyesal dan tidak akan mengulangi lagi, tetapi jangan menggunakan keganasan. Banyak hukum yang mampu mendisiplinkan anak agar menjadi lebih baik.

Apabila anda mendapati dirinya miliki barangan yang bukan miliknya, jangan biarkan cuba untuk ketahui asal usul barang tersebut. Jangan biarkan orang lain memanggil anak anda pencuri.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,144 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen