"Dia Macam Abah..." Mira Filzah Kongsi Ciri Lelaki Idaman.

 

Apabila bercakap mengenai jodoh ini, pasti semua orang mahukan pasangan yang terbaik buat mereka. Bahkan setiap daripada kita mempunyai ciri-ciri jodoh yang dimahukan. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta malah sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain.



Setiap orang tidak akan pernah lari mengimpikan seseorang yang tepat dan sesuai buat dirinya, begitu juga Nur Amirah Filzah Badieozaman, 25 atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah. Mempunyai ciri-ciri pasangan idaman bukan satu kayu ukur terhadap seseorang tetapi ia adalah target yang mahu dimiliki.



Menurut Mira Filzah, beliau memilih lelaki seperti abahnya sebagai idola peneman hidup.

“Dia macam abah. Good looking, educated, pendiam, dan juga tinggi.”

Bukan hanya diri sendiri sahaja yang mahukan jodoh yang baik, tetapi setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik buat teman hidup anak mereka, sama seperti ibu kepada Mira Filzah ini.



Ibu Mira pula, Faizatul Akmar Hisan, menyatakan bahawa ciri-ciri menantu pilihannya adalah boleh menjadi imam kepada anaknya itu.

Dalam erti kata lain, ibu Mira Filzah menginginkan seorang menantu yang beragama sebagai pendamping dan ketua rumah tangga buat anaknya.

Jelas ibunya, anaknya yang lebih mesra dipanggil angah itu miliki karakter yang berbeza di rumah dan di tempat kerja.

“Angah kalau di rumah seorang yang garang manakala di tempat kerja sangat lembut dan lebih bertolak ansur.”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen