"Ibu Bapa Alami Tantrum Dahulu Barulah Ditiru Oleh Anak-Anak..."

 

Perkataan dan perbuatan tantrum biasanya akan dikaitkan dengan anak-anak, di mana ia melibatkan emosi anak-anak. Bahkan tantrum ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Ramai yang merasakan tantrum ini adalah tabiat biasa seorang kanak-kanak yang mula mendapat akal serta mula mengenal dunia.

Namun menurut saudara Najmi Nawawi, rentetan tantrum ini sebenarnya dimulakan oleh ibu bapa terlebih dahulu, di mana ibu bapa memaparkan emosi yang tidak dapat dikawal.

Sering kali kita beranggapan bahawa ia adalah proses tumbesaran anak-anak, sedangkan ibu bapa sendiri telah menunjukkan contoh terhadap anak-anak terlebih dahulu. Anda perlu ingat bahawa anak-anak anda adalah peniru terbaik anda. Jadi sebelum anda lakukan apa-apa, fikirkkan anak anda terlebih dahulu.

Mari ikuti penjelasan suadara ini.



Perkataan tantrum seringkali digunakan untuk menggambarkan letusan emosi yang sering berlaku pada anak-anak. Namun pernahkah kita perhatikan sebenarnya siapa yang tantrum terlebih dahulu, ibu bapa atau anak-anak?

Benarkah semua tatrum itu berlaku secara tiba-tiba dan menjadi sikap yang sinonim dengan anak kecil? Atau kebanyakan berlaku disebabkan rentetan tantrum yang dimulai oleh ibu bapa terlebih dahulu.

Banyak yang berlaku ialah ibu bapa yang tantrum terlebih dahulu. Ibu bapa yang memaparkan letusan emosi yang tidak dapat dikawal. Ibu bapa yang sering gagal mengawal perasaan apabila anak buat perkara yang tidak disenangi mereka. Kemudiannya mereka menunding jari dan mengatakan anak yang tantrum?



Ayah yang meninggikan suara saat anak cuba 'mempelajari' sesuatu yang baru atau si ibu yang mengeluh di depan anak, kerana geram dengan 'uji kaji' yang sedang anak mereka lakukan.

Begitu juga dengan cara ibubapa pandang dan lihat anak mereka pada saat ini. Pastinya getaran dan frekuensi negatif ini sudah dapat dirasai anak dan mampu menjadi pencetus kepada ledakan emosi mereka juga. Ketahuilah anak-anak sangat mampu menilai emosi anda dan pastinya sangat memberi kesan kepada tindakan mereka yang selanjutnya.

Sebenarnya jika kita ibu bapa berupaya untuk sabar dan mengawal tantrum diri kita sendiri, pastinya dapat elak anak-anak dari turut mengalami tantrum.

Kita perlu sama-sama belajar untuk ubah cara fikir kita terhadap setiap tindakan anak-anak kita. Jangan cepat marah, atau jangan cepat kelam kabut. Didik anak-anak dengan penuh kesabaran dan nasihat dengan kata-kata yang baik.

Pendek kata, jangan lihat anak sebagai masalah. Tetapi lihat mereka sebagai tempat untuk merawat segala masalah.



Lihat tantrum secara positif. Tantrum adalah peluang baik bagi anak-anak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

Ingatlah, bahawa anak-anak itu bukannya degil, biadap atau buruk akhlak. Anak itu sebenarnya sedang melalui fasa 'individuating'. Inilah fasa yang menegapkan kewujudannya.

Pada fasa inilah, anak-anak mahu menyatakan dia juga punyai hak untuk membuat pilihan. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk jangka panjang.

p/s : Sabar. Sabar. Terus bersabar. Jangan sampai ibu bapa pula yang tantrum terlebih dahulu. Malu pada anak-anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,897 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen