8 Cara Bagaimana Rasulullah SAW Meraikan Cinta, Yang Perlu Suami Isteri Ikuti.

 

Untuk menamatkan zaman bujang dan ke jinjang pelamin, haruslah kita mengikuti idola kita iaitu Rasulullah SAW dalam mengendalikan rumah tangga. Cara Baginda meraikan cinta bersama isterinya yang boleh anda ikuti adalah…

1. Membantu Menguruskan Hal Rumah tangga.

“Aisyah pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW di rumahnya?’ Aisyah menjawab, ‘Baginda membantuku melaksanakan kerja-kerja di rumah’” – [Hadis Riwayat Bukhari]

Suami-suami, jika ternampak si isteri sedang sibuk di dapur, rajin-rajinlah bantu mana yang patut. Kalau nampak pinggan tak berbasuh di sinki, apalah salahnya dibasuhkan. Pahala dapat, isteri pun mesti bertambah sayang.

2. Mententeramkan Kemarahan Isteri.

Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW biasanya akan memicit hidung Aisyah dan baginda berkata;

“Wahai Aisy, bacalah doa ini; Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” – [Hadis Riwayat Ibnu Sunni]

3. Tidur Di Pangkuan Isteri.

Dari Aisyah RA, ia berkata;

“Nabi SAW biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku, walaupun aku sedang haid. Kemudian, baginda membaca al-Quran.” – [Hadis Riwayat Abdulrazzaq]

Menurut kajian, apabila meletakkan kepala di paha isteri, ia membantu meredakan kepenatan juga tekanan di bahu suami.

4. Makan Dan Minum Dari Tempat Yang Sama.

Dari Aisyah RA, ia berkata;

“Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haid. Lalu baginda mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu baginda minum.”-[Hadis Riwayat Muslim]

Dari Aisyah RA, ia berkata;

“Aku biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi SAW.”

Nabi SAW juga pernah makan daging yang telah digigit oleh Aisyah – [Hadis Riwayat Muslim]

5. Melayani Isteri Ketika Sakit.

Diriwayatkan oleh Aisyah RA;

“Nabi SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda orang yang paling lembut dan banyak menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit.”- [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bahagianya apabila si isteri sakit, ada yang tolong perhatikan. Ada yang tolong jaga makan minumnya. Besar ganjaran si suami yang sabar melayannya.

6. Bergurau senda.

Zaid bin Tsabit apabila berkata tentang Rasulullah SAW, beliau menjawab;

“Baginda suka bergurau senda dengan isterinya.” – [Hadis Riwayat Bukhari]

Kadang, si suami pun kena bersikap keanak-anakan sikit. Ini bagi membangkitkan rasa harmoni dalam rumahtangga. Berkejar-kejaran dalam rumah, atau ajak si isteri bersukan bersama-sama.

7. Tetap Romantis Walaupun Isteri Haid.

Kaum Yahudi menganggap haid adalah satu kotoran dan wanita yang sedang haid perlu dijauhi. Ini berbeza dengan apa yang Nabi SAW buat kepada Aisyah.

“Ketika Aisyah sedang haid, Nabi SAW pernah membangunkannya. Lalu, baginda tidur di pangkuannya dan membaca al-Quran.” – [Hadis Riwayat Bukhari]

8. Panggilan Khusus Untuk Isteri.

Kamu wahai suami, apa panggilan istimewa buat isteri kesayanganmu itu? Sayang? Honey? Hubby? atau Kanda Dinda? Teruskan saja.

Rasulullah SAW juga memanggil isterinya; Aisyah dengan panggilan ‘Humairah’ yang bermaksud kemerah-merahan pipinya. Kadang-kadang, Baginda turut memanggil Aisyah dengan sebutan ‘Aisy’ yang menunjukkan tanda sayang.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,951 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen