6 Tanda Pasangan Anda Mulai Tertekan Dengan Keluarga Anda. Hati-Hati!

 

Memang amat penting untuk melihat bakal suami atau isteri anda sama ada serasi dengan keluarga anda atau pun tidak. Pasangan juga perlu mengenali ahli keluarga anda termasuklah ipar duai nya juga, bukan kedua ibu bapa mertua sahaja. Ini untuk memastikan dapat meluangkan masa bersama tanpa berasa kekok atau hambar.

Namun sedemikian, ada juga segelintir pasangan, yang sudah lama berkahwin tetapi masih juga tidak serasi dengan ibu bapa mertua termasuk ipar duainya juga. Malah, sering juga berasa tertekan ataupun berasa tercabar, berkemungkinan dengan hal peribadi yang anda sendiri pun tidak tahu.

Jadi, jom lihat antara tanda-tanda suami atau isteri anda mulai tertekan dengan keluarga anda sendiri…

1. Mula tidak minat untuk meluangkan masa bersama.

Pasangan anda mula membuat pelbagai alasan untuk tidak berjumpa dengan keluarga anda. Pada mulanya, si dia juga yang begitu teruja untuk meluangkan masa bersama ibu bapa mertuanya termasuklah dengan adik-beradik anda sendiri. Namun, lama-kelamaan anda dapat lihat si dia memang sudah hilang minat untuk luangkan masa bersama.

Akan tetapi suka meluangkan masa bersendirian, atau balik ke kampung halaman sendiri sahaja.

2. Mula tidak gembira apabila dipelawa datang ke rumah.

Apabila ibu bapa mertua mempelawa datang ke rumah, hatinya juga sudah tidak melompat kegembiraan seperti di awal perkahwinan. Kadang-kala si dia terpaksa berpura-pura gembirakan hatinya ketika bersua muka dengan keluarga anda semata-mata untuk menjaga hati sahaja.

Anda juga sering ternampak riak wajahnya gembira ketika dipelawa, namun apabila dibilik sahaja cepat riak wajahnya berubah. Situasi ini anda perlu peka, dan mengetahui hal yang sebenar untuk mengelak kejadian yang tidak diingin berlaku.

3. Mula tidak cuba meluahkan perasaan.

Namun, apabila anda cuba mengorek rahsia daripada pasangan, si dia tidak pula cuba meluahkan perasaan. Mendiamkan diri dan mengatakan tiada apa-apa yang terjadi kerana kebiasaannya si dia petah berbicara menceritakan betapa seronok dirinya dapat meluangkan masa bersama keluarga anda. Tetapi tidak untuk kali ini. Diam seribu bahasa, seperti tiada apa yang terjadi.

4. Mula tidak cuba untuk berkomunikasi walaupun sudah lama berkahwin.

Lama-kelamaan anda perasan bahawa pasangan anda seperti mengelak untuk berkomunikasi dengan adik-beradik anda sendiri. Lebih rela bermain dengan telefon bimbit bersendirian, ataupun duduk terperap dalam bilik sahaja. Alasannya pening kepala atau pun sakit perut.

Akan tetapi, tidak logik pula setiap kali balik ke kampung halaman anda, pasti si dia tiada mood. Pasti ada yang tidak kena.

5. Mula tidak mengambil berat tentang ahli keluarga anda.

Dan yang paling ketara anda boleh lihat adalah, pasangan anda seorang yang prihatin dan sering mengambil berat tentang hal orang lain, tiba-tiba tidak mengambil berat tentang ahli keluarga anda pula. Mula jarang membuat panggilan atau whatsapp dan sebagainya.

6. Mula tidak aktif di group whatsapp.

Kemudian, group whatsapp yang sepatutnya menjadi tali pengerat keluarga tiba-tiba menjadi hambar apabila pasangan anda mula menjadi tidak aktif. Kadang-kala pasti akan terdapat perbualan si dia dengan keluarga anda yang lain di group, akan tetapi sekarang ni senyap terus. Langsung tidak muncul, namun tidak pula keluar group.

Jika ini yang terjadi dikalangan anda, pastikan anda mendengar luahan perasaan pasangan anda. Jangan mengabaikan emosi pasangan, sehingga mereka tertekan dengan diri anda juga sebenarnya. Hati-hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen