“Bangkitlah Untuk Solat Tahajjud…” - Dr. Zaharuddin Abd Rahman-

 

Dalam melakukan solat dan ibadah kepada-Nya, tidak ramai dikalangan kita dapat melakukannya dengan keadaan yang konsisten, yakni beristiqamah. Ini kerana kita adalah manusia yang khilaf, sentiasa melakukan kesilapan dan mudah berputus asa dalam mengubah diri menjadi yang terbaik.

Bukan sahaja perlu istiqamah melakukan solat wajib di awal waktu, malah perlu adanya sikap istiqamah ini dalam melakukan solat-solat sunat juga, termasuklah Solat Tahajjud. Ini kerana kita sering disogokkan dengan kenyataan dimana ‘Walaupun susah ada niat untuk solat Tahajjud, pasti muka akan bercahaya, diri akan tenang sebagainya..’

Sebagai manusia yang hina dan lemah, sentiasa bermujahadah untuk bangkit melakukan solat Tahajjud kerana waktu solat subuh sekarang lewat selepas jam 6 pagi. Jadi, kita masih berpeluang untuk melakukan solat tahajjud seperti perkongsian dari Dr. Zaharuddin Abd Rahman ini…

********

Subuh Lewat dan Tahajjud.

Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:08 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)

Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.

Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-

إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر

Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)


Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya.

JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.

JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.

Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen