Suami Isteri Tidak Bahagia Kerana Tiada 6 Elemen Penting Ini.

 

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan hubungan yang sentiasa ceria, gembira dan bahagia sehingga ke Jannah. Malahan, sebagai pasangan Muslim pasti ingin mencapai barakah daripada-Nya supaya keadaan keluarga yang penuh dengan kasih sayang, aman dan damai.

Namun, rumah tangga mana yang sentiasa indah semata-mata. Pasti ada turun naiknya seperti roller coaster. Sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri. Pergaduhan dan pertelingkahan memang sentiasa berlaku dalam rumah tangga, namun sekiranya ia mendorong kepada hubungan yang tidak bahagia, lain pula kisahnya.

Bukan sahaja ketika bercinta, bertepuk sebelah tangan. Sudah berkahwin pun masih bertepuk sebelah tangan, kenapa ya?

1. Tiada Kata-kata penghargaan.

Apabila tiada kata-kata penghargaan seperti

“Terima Kasih, sayang”

“Saya bersyukur dapat hidup dengan awak…”

“Untungnya abang dapat isteri yang cantik…”

Secara tidak langsung sebenarnya boleh membuat mood pasangan menjadi tidak baik. Cuba untuk setiap pagi sahaja memberi kata-kata penghargaan kepada pasangan. “Bersyukur saya masih dapat lihat awak hari ni..” Pasti bersemangat untuk pergi kerja.

2. Tiada masa yang berkualiti.

Pasangan suami isteri sepatutnya mempunyai masa yang berkualiti berdua, walaupun sudah memiliki cahaya mata kelak. Ini kerana untuk menyemarakkan kembali api cinta dalam diri masing-masing supaya dapat memberi aura yang baik dan positif di dalam rumah. Secara tidak langsung juga, anak-anak dapat melihat betapa bahagianya keluarga yang dimiliki.

3. Tiada pemberian hadiah.

Pasangan suami isteri juga digalakkan untuk memberi hadiah kerana ia adalah salah satu tips untuk mengeratkan hubungan. Namun, sekiranya pendapatan pasangan hanya kecil sahaja, bersyukur dengan apa yang ada. Redha dengan pemberiannya. Sama-sama mempamerkan keseronokan apabila menerima sesuatu, jangan terus menunjuk reaksi yang tidak suka.

4. Tiada sikap saling tolong-menolong.

Selain daripada itu, suami isteri juga perlu ada sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Memiliki isteri yang mampu berdikari tidak bermaksud si suami boleh meninggalkan isteri keseorangan untuk membuat kerja.

Memiliki suami yang mampu mencari rezeki berseorangan, tidak bermaksud isteri tidak payah menolong menguruskan rumah tangga.

Disinilah perlu ada sikap bertolak ansur antara suami isteri. Jangan ingat semuanya pasangan boleh lakukan berseorangan, kalau macam tu buat apa kahwin, kan?

5. Tiada sentuhan fizikal.

Sentuhan fizikal bukan hubungan intim semata-mata, namun ia melibatkan mencium ubun-ubun isteri, memegang tangan antara satu sama lain, memeluk dengan pelbagai cara dan seumpama dengannya. Sebagai contoh ketika pasangan sedang bersedih, jangan lah tinggalkan mereka berseorangan, duduk disebelah dan memeluk bahu pun sudah memadai. Atau pun memegang tangan sahaja, sudah cukup.

Sekurang-kurangnya pasangan tidak lah merasa keseorangan ketika sedang bersedih. Sentuhan fizikal ini lah yang sebenarnya pasangan mahukan.

6. Tiada adegan suap menyuap.

Suap makanan pada pasangan adalah sunnah Rasulullah SAW. Jadi, kepada lelaki yang bergelar suami jangan lupa untuk suapkan isteri makanan jika mahu mengecapi kebahagiaan bersama.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen