Antara Filem Atau Drama Kekeluargaan Yang Patut Anda Ulang Tonton.

 

Dapat meluangkan masa bersama keluarga adalah perkara yang patut dilakukan oleh setiap individu. Jadi, jom ulang tonton antara drama atau movie bersama keluarga anda, pada masa terluang.

1. Bisik Pada Langit (2017)

Related image

Filem ini berkisahkan hubungan kekeluargaan yang kuat antara si bapa dengan anak-anaknya, terutamanya anak perempuan tunggalnya. Bapanya berimpian semoga anaknya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara, dan akhirnya telah tercapai. Namun, anaknya kemalangan dan koma. Di sini dapat lihat pengorbanan seorang ayah, dan adik-beradiknya juga.

Nilai kekeluargaan yang tinggi boleh dijadikan sebagai pengajaran.

2. The Odd Life of Timothy Green (2012)

Related image

Movie ini berkisahkan pasangan suami isteri yang masih tidak boleh menimang cahaya mata, dan ramai dikalangan jiran dan masyarakat mula bertanya. Walaupun sebenarnya kehidupan mereka sangat gembira dan bahagia, namun masih berusaha untuk mendapatkan anak angkat sehingga pada suatu hari mereka menanam sebuah kotak dibelakang rumah.

Kemudian, terjadinya sesuatu yang tidak dijangka dan diluar kawalan dimana seorang budak lelaki muncul dalam hidup mereka dan diberi nama sebagai Timothy. Walaupun kehadiran Timothy tidak lama dalam pasangan ini, namun mereka menemui kebahagiaan sejak menemui Timothy ini. Movie ini adalah fantasi, namun boleh dijadikan sebagai kisah yang positif dan boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam parenting.

3. Miracle in Cell No. 7 (2013)

Image result for miracle in cell no 7

Kisah ini juga menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya. Filem korea ini juga, adalah filem yang paling sedih, kerana si bapa sebenarnya mengalami sakit mental. Di samping sakit mental, si bapa memang bersungguh-sungguh untuk menjaga anaknya dengan tenagda dan kudratnya sendiri. Namun, bukan setiap hari itu cerah kerana si bapa akhirnya masuk ke penjara dimana dituduh melakukan penculikan, seksual dan akhirnya pembunuhan terhadap seorang kanak-kanak.

Kisah ini perlu dijadikan pengajaran kerana besarnya kasih sayang seorang anak terhadap bapanya juga, walaupun mengalami sakit mental. Kasih sayang ini tidak pernah berubah walaupun sudah menginjak kea lam dewasa.

4. Along with the Gods: The Two Worlds (2017)

Image result for Along with the Gods: The Two Worlds (2017)

Filem ini pula mengisahkan seorang lelaki, iaitu ahli bomba mengalami situasi yang tragis dan mati di tempat dimana dia cuba menyelamatkan seorang anak kecil. Jalan cerita ini juga fantasi, namun pengajaran yang perlu diambil adalah kita perlu sentiasa melakukan kebaikan di dunia supaya mendapat balasan Syurga kelak.

Antara kebaikan yang utama adalah, melayan ibu dengan baik, dimana syurga seorang anak adalah dibawah telapak kaki ibunya sendiri. Filem ini juga, anda perlu sediakan tisu pada scene berkenaan dengan ibunya.

5. Gilmore Girls (2000-2007)

Image result for gilmore girls 2000

Drama bersiri ini, berkisahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak perempuannya. Drama ini mendapat sambutan ketika waktu dahulu kerana ibu dan anak yang sama-sama cantik, namun amat berdikari dalam menempuhi rintangan hidup. Walaupun sebenarnya, si ibu adalah anak orang kaya, tetapi mahu hidup berdikari daripada ditanggung oleh ibu bapanya sendiri.

Boleh diambil pengajaran dan iktibar bagi golongan ibu-ibu tunggal.

6. Keluarga Iskandar (2012)

Image result for keluarga iskandar

Drama melayu bersiri ini, menerapkan hubungan kekeluargaan yang sangat positif antara satu sama lain. Drama ini juga mempunyai banyak unsur komedi, dimana sangat sesuai untuk menonton bersama keluarga. Di samping nilai murni dalam hubungan keluarga, anda juga boleh bergelak ketawa bersama-sama. Tak perlu lah nak serius setiap kali menonton televisyen, kan?

Selamat Menonton!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen