Dah Kahwin Nanti, Suami Isteri Harus Tahu Maksud Pengorbanan, Kompromi Dan Toleransi. Jom Ketahui Maksudnya.

 

Bila dah kahwin 360 darjah berubah…

Bila dah kahwin sikap pasangan mulai berubah…

Bila dah kahwin semua benda perlu lakukan bersama pasangan bukan keseorangan…

Bila dah kahwin jangan berlagak bujang sehingga berlaku perpisahan…

Memang banyak perkara yang berubah setelah anda berumah tangga nanti. Malahan, ia tidak lagi sama dengan waktu anda bujang dimana anda tiada komitmen mahupun tanggungan. Mahu mementingkan diri tanpa memikir perasaan orang lain pun boleh, namun Allah SWT itu Maha Adil, sekiranya anda lakukan perkara yang tidak baik pada orang lain, anda juga akan menerima balasan dari-Nya.

PENGORBANAN.

Apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan dalam perkahwinan?

Pengorbanan ketika bercinta berbeza situasi yang kita alami, kerana ketika bercinta pasangan tidak duduk sebumbung, mahupun melihat wajah masing-masing setiap hari. Sedangkan setelah berumah tangga, celik sahaja mata terdengar dengkuran pasangan. Ahli keluarga pasangan juga kita perlu ambil berat juga berbanding dengan zaman bujang dahulu.

Pada zaman sekarang, pengorbanan seorang isteri dan suami adalah dari segi masa, waktu dan tenaga dimana kedua-duanya sama-sama mencari rezeki sama ada di dalam atau di luar rumah. Oleh sebab itu, pada masa kini lelaki yang mahu ke jinjang pelamin harus menjadi LEBIH BERKORBAN dari bakal isterinya kerana…

Suami kerja, isteri pun kerja....

Suami bayar bil, isteri pun boleh bayarkan bil....

Suami pandu kereta, isteri pun boleh pandu kereta....

Apa sahaja yang kaum lelaki boleh lakukan, kaum wanita juga mampu lakukan. Maka, untuk menjadi pemimpin, lakukan lah sesuatu yang anda boleh korbankan pada isteri anda.

Namun, yang jelas kelihatan pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya adalah memberi zuriat yang telah dikandungkan selama 9 bulan.

KOMPROMI.

Kompromi amat penting dalam rumah tangga kerana pasangan melakukan sesuatu perkara sebagai pasukan, dan bukannya keseorangan seperti zaman bujang dahulu. Kompromi bermaksud, pasangan mempunyai kata sepakat, atau mempunyai persetujuan yang sama dalam pendapat. Ini kerana pasangan mampu memperoleh solusi walau dalam apa jua situasi.

Ketika bujang, anda seolah-olah mementingkan diri, dan mahukan orang lain ikut cara anda sahaja. Namun, apabila orang lain mahu anda ikut cara mereka pula, anda tolak mentah-mentah tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka.

Jadi, adakah anda boleh lakukan sebegitu rupa pada pasangan setelah berumah tangga?

Sudah tentu TIDAK BOLEH kerana anda akan dianggap mementingkan diri sendiri, ego tinggi dan lebih baik berdikari.

Sebagai contoh: “Menyesal saya kahwin dengan awak, lebih baik saya hidup sorang-sorang..”

TOLERANSI.

Toleransi adalah apabila anda dapat menerima kekurangan dan keburukan pasangan seadanya dengan bersabar, bertolak ansur, dapat melihat kelebihan disebalik kekurangannya, malah dapat pula pertimbangkan kekurangannya juga.

Ini juga boleh dinamakan sebagai Cinta Buta, kerana anda seolah-olah buta dengan kekurangan pasangan sehingga dapat menerima si dia seadanya.

Ia cuma perumpamaan, namun anda rasakan anda masih boleh tolerate dengan kekurangan pasangan, dimana orang lain tidak boleh tolerate dengan si dia. Ini juga boleh dipanggil jodoh anda. Dah jodoh, kan?

Jadi, sekiranya ketika bujang anda tidak mempunyai 3 ciri utama ini, persiapkan lah diri anda dengan sebaiknya kerana kehidupan setelah berumah tangga amat mencabar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen