Apa Yang Dimaksudkan Mendirikan Rumahtangga Adalah Membina Masjid? Jom Ikuti Penjelasan Ini.

 

APAKAH ERTINYA APABILA DIKATAKAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA ADALAH MEMBINA MASJID?

Didalam masjid ada solat berjemaah, ada majlis ilmu dan zikrullah, ada ketenangan dan kesatuan hati kerana manusia berkumpul untuk mengingati Allah SWT.

Maka, bina suasana rumah dengan suasana masjid, hidupkan rumahtangga dengan zikrullah.

Suami sentiasa mengingatkan isteri kepada Allah SWT dengan mengadakan majlis ilmu dan isteri pula menggalakkan suami untuk hadir majlis-majlis ilmu sehingga setiap langkah pernikahan itu, ilmu kita bertambah, ilmu pengenalan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah bertambah, ilmu kepada syariat Allah bertambah sehingga bertambahnya redha Allah kepada kita.

Anak yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah amanah kepada kita untuk mengembirakan hati Rasulullah SAW.

Didalam satu hadith, 3 perkara yang dipesan oleh Rasulullah untuk dididik kepada anak-anak kita ialah:

  • Cinta kepada Rasulullah.
  • Cinta kepada ahlul bait iaitu keluarga Rasulullah SAW.
  • Cinta kepada Al-Quran Nur Kareem.

Ibu bapa juga perlu cinta kepada Al-Quran sebagai contoh kepada anak-anak. Pepatah Melayu, melentur buluh dari rebungnya dari satu aspek dilihat rebung yang patut dilenturkan, akan tetapi jika dilihat dari aspek yang lebih tinggi, siapa yang hendak melenturkan rebung itu sehingga ia menjadi buluh yang baik.

Rebung pada asalnya tidak akan bertumbuh baik jika yang melenturnya berada di tempat yang kurang baik. Itulah ibu bapa yg akan melentur rebung menjadi buluh yang baik. Maka, bilamana kita sebagai ibu bapa yang mengharapkan ketaatan anak-anak kepada kita.

Kita juga perlu taat kepada kedua ibu bapa kita. Kita harapkan ketaatan anak-anak kita kepada Allah, kita sebagai ibu bapa pun perlu taat kepada Allah SWT. Apabila kita mengharapkan anak-anak kita patuh kepada syariat dan sunnah Rasulullah SAW maka, kita juga perlu patuh kepada syariat dan sunnah Rasulullah SAW.

Apabila ujian melanda didalam sebuah rumahtangga, hendaklah salah seorang menjadi air untuk menyejukkan, jangan kedua-dua suami isteri jadi api.

Suami isteri perlu bertolak-ansur, penuh dengan kasih sayang, mawaddah dan letakkan fokus kepada rumahtangga;

"Ya Allah, aku inginkan keredhaanMu. Ya Allah, sepanjang hidup aku bersama pasangan aku, aku berusaha untuk menunaikan hak pasangan aku untuk mendapatkan keredhaanMu, Ya Allah."

"Dan jika pasanganku belum dapat menunaikan hak aku, aku akan menunaikan haknya terlebih dahulu."

"Yang lebih baik adalah menunaikan hak, dan demikian yang diajar didalam agama kita. Berbeza dengan ajaran negara barat yang menekankan kepada menuntut hak masing-masing."

"Makanya, bila hanya menuntut hak terjadilah perselisihan dan perbalahan. Setiap manusia setiap pasangan apabila lebih memikirkan bagaimana seorang isteri berusaha menunaikan hak suaminya begitu juga dengan suami, mudah-mudahan rumahtangga akan dapat menjadi lebih aman dan harmoni."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen