Jom Didik Anak Tentang Adab-Adab Ke Masjid.

 

Jika berkunjung ke rumah jiran atau saudara pun perlu tahu adab, apatah lagi ketika mengunjung ke rumah Allah SWT untuk beribadah. Jadi, adalah peranan dan tanggung jawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya tahu antara adab-adab ketika ke masjid, mahupun di dalam masjid iaitu…

1. Digalakkan untuk mengambil wudhu sebelum ke masjid.

Memang sukar untuk seorang individu mengambil wudhu terdahulu sebelum ke masjid. Kebarangkalian angin keluar daripada badan (kentut) atau terpijak tahi kucing pasti akan terjadi. Namun, semuanya itu boleh dielakkan jika tahu cara-cara untuk menjaga wudhu kerana seperti hadith dibawah;

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berwudhu di rumahnya, kemudian berjalan ke rumah daripada rumah-rumah Allah untuk menunaikan satu kewajipan daripada kewajipan-kewajipan kepada Allah, maka langkahnya akan menghapuskan dosa, dan langkahan yang lain meninggikan darjat.

[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 666]

2. Perlu bersemangat untuk ke masjid.

Seperti bersemangat untuk duduk di saf pertama, begitu juga bersemangat untuk ke masjid. Tanamkan sifat ini pada anak-anak supaya, mereka tahu ganjaran yang mereka akan dapati seperti hadith ini…

Abu Hurairah RA berkata:

Nabi SAW bersabda: Jika mereka tahu ganjaran solat Zuhur di awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba, jika mereka tahu apa yang ada pada solat Isya’ dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walau merangkak, jika mereka tahu apa yang ada pada saf hadapan, nescaya mereka akan mencabut undian.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 720]

3. Perlu berjalan dengan tenang dan tidak bising.

Bersemangat untuk ke masjid dan untuk duduk di saf hadapan, bukan bermaksud perlu berlari-lari sehingga membuat bunyi bising, namun didiklah anak untuk berjalan dengan tenang seperti hadith ini…

Abu Qatadah RA berkata: Ketika kami sedang solat bersama Nabi SAW, kami mendengar bunyi bising orang ramai. Selesai sahaja solat, baginda bertanya; Apa hal kalian? Mereka menjawab: Kami tergesa-gesa untuk solat.

Baginda bersabda: Jangan lakukan begitu. Apabila kalian datang mendirikan solat, hendaklah dalam keadaan tenang. Apa yang kalian sempat, solatlah, apa yang terlepas, sempurnakan.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 635]

4. Perlu membaca doa untuk masuk masjid…

Dan seharusnya dikalangan kita untuk membaca doa masuk ke masjid supaya untuk mendapat barakah daripada-Nya seperti hadith ini…

Abu RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kalian masuk ke masjid, hendaklah dia membaca:

“Ya Allah, bukakan pintu-pintu rahmat untuk ku. Apabila dia keluar, hendaklah dia membaca: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu kurniaan Mu”

[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 713]

5. Tidak digalakkan untuk keluar dari masjid selepas azan dilaungkan kecuali ada keperluan.

Selain itu juga, didiklah anak-anak untuk duduk setempat dan tidak berlari-lari keluar masuk berulang kali sehingga kacau individu yang lain di dalam masjid. Malah, amat digalakkan untuk kekal di dalam masjid dan melakukan solat Jemaah seperti hadith ini…

Abu al-Sya’ta’ berkata: Kami duduk di masjid bersama Abu Hurairah RA, lalu muazzin melaungkan azan. Lalu seorang lelaki bangun daripada masjid dan berjalan. Abu Hurairah melihat ke arah lelaki itu sehingga dia keluar dari masjid.

Lalu Abu Hurairah RA berkata: Hal ini, sesungguhnya dia telah melakukan maksiat kepada Abu al-Qasim sallallahu ‘alaihi wasallam

[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, hadis no: 655]

Wallahua’lam. Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen