Boleh Ke Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang? Ikuti Penjelasan Dari Doktor Izzat.

 

Sebelum ini pernah juga terdengar, golongan wanita yang hamil tidak dibenarkan menaiki kapal terbang, dan ia adalah salah satu punca keguguran, malah menyebabkan kesihatan terjejas. Sejauh mana kebenarannya? Jom ikuti perkongsian dari Dr. Muhammad Izzat, selaku pegawai perubatan kesihatan wanita di laman facebooknya…

********

Permasalahan utama yg ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yg mengandung menaiki flight dan risiko terberanak dalam flight apa apa keadaan yang melibatkan mengandung tu sendiri. Satu hal plak pilot nak divert flight tu ke tempat yang boleh manage wanita nak bersalin ni atau apa apa keadaan yg berkaitan.

Kebanyakan syarikat penerbangan tak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang bila kehamilan dah mencecah cukup-cukup 36 minggu disebabkan perkara yg saya cakap tadi. Jika ada risiko untuk kelahiran pramatang atau tak cukup bulan, seperti kehamilan kembar, wanita tak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.

Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yg menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita ini selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu dan juga tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis terang terang dalam surat tu.

KEADAAN-KEADAAN KEHAMILAN YG TAK SESUAI UNTUK MENAIKI KAPAL TERBANG :

  • Anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL.
  • Ada pendarahan masa kehamilan dlm masa terdekat.
  • Masalah telinga ( otitis media ) dan sinusitis.
  • Masalah jantung dan pernafasan yg serius.
  • Pesakit yg ada buat penbedahab pada usus dalam masa terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara.
  • Tulang patah, dimana kaki dimana tulang patah tu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki tu.

Satu lagi ramai bertanya saya, mengenai peluang untuk dapat darah beku masa naik flight. Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku. Naik flight pula, duduk lama, kaki cramp nak nak yang kaki panjang tu memang azab. Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa naik flight tu ada, tapi rendah, bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.

UNTUK MEMINIMAKAN RISIKO UNTUK DAPAT DARAH BEKU INI, TIPS-TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN :

  • Pilih tempat duduk berdekatan dengan aisle, senang nak kluar masuk.
  • Sentiasa berjalan jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang.
  • Buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang.
  • Sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein utk mengelakan asyik nak kencing.
  • Kalau ibu mengandung ada sejarah pernah kena darah beku, obesity atau masalah lain tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah.

Selain itu, jangan lupa pakai TED stoking ( bukan stokin biasa tu ) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tak pakai TED stoking pun takpe.

Lain syarikat penerbangan, lain polisinya untuk benarkan ibu mengandung ini untuk menaiki kapal terbang. Tanya dorang dulu ok?

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak.

Pegawai Perubatan.

Kesihatan Wanita & Kehamilan.

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen