Sebelum Tidur, Anda Seharusnya Melakukan 3 Perkara Utama Ini.

 

Kebiasaannya, perkara yang kita sering lakukan sebelum tidur adalah menutup lampu bilik, membaca doa tidur, membasuh muka dan kaki, dan seumpama dengannya. Ianya adalah perkara yang memang sudah biasa dilakukan oleh setiap individu, tetapi bagi mereka yang malas, semua ini tidak sempat untuk dilakukan, malahan bagi golongan wanita, solekan dimuka pun tidak sempat untuk dicuci kerana terlalu penat dan malas.

Namun, adakah kita sedar bahawa kita perlu menitikberatkan keadaan di rumah dahulu sebelum tidur seperti…

1. Rumah yang sentiasa berkunci.

Ada sebahagian daripada kita, berkemungkinan terlupa untuk mengunci pintu sejurus sahaja masuk kerumah setelah pulang dari kerja. Oleh kerana terlalu penat, mindanya tidak dapat fokus sehinggakan terlupa untuk kunci pintu rumah. Situasi ini secara tidak langsung akan membuatkan orang-orang asing, atau jiran sebelah boleh melihat tabiat kita jika dilakukan dengan kerap.

Jadi, sudah tentu situasi ini amat membahayakan diri kita, terutamanya bagi mereka yang duduk berseorangan, lebih-lebih lagi golongan wanita. Sudah tentu kita tidak ingin perkara buruk berlaku, kan? Jangan disebabkan sifat lalai ini, ia mampu memudaratkan diri kita sendiri.

2. Sampah dibuang, pinggan dan mangkuk yang sentiasa dicuci.

Oleh kerana sifat malas dalam diri, membuang sampah yang seharusnya dilakukan secara rutin, termasuk mencuci pinggan mangkuk ralat dilakukan. Mempunyai banyak hikmah sekiranya anda lakukan perkara ini sebelum tidur, kerana ia tidak akan melarat sehingga ke esok pagi. Rumah anda akan sentiasa bersih, tidak dihinggapi lalat, tidak busuk, kesihatan anda juga akan terjaga.

Sekiranya perkara ini tidak dilakukan, kesihatan anda sedikit sebanyak akan terjejas dengan keadaan rumah yang kotor dan busuk. Jika terdapat sisa-sisa makanan, ia sudah tentu menjadi makanan jin/syaitan dimana tidak disarankan dalam Islam.

Malahan, sekiranya semua ini telah dibersihkan, anda akan mudah berlapang dada, dan bangun esok pagi pun bersemangat untuk mulakan hari baru.

3. Pastikan cerek, periuk elektrik, seterika, dapur gas semua sudah dimatikan.

Kemudian, untuk keselamatan diri anda juga, harus perhati dan periksa setiap alatan elektrik yang telah digunakan. Sebagaimana seperti yang telah diriwayatkan dalam hadith yang berikut…

Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Padamkanlah pelita pada malam hari apabila kalian hendak tidur, tutuplah pintu, ikatlat hujung bekas air, tutuplah makanan dan minuman." [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, hadis no: 5849]

Dan…

Jabir bin ‘Abdullah RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda: "Tutuplah bekas-bekas makanan, tutuplah pintu, padamkanlah pelita. Boleh jadi tikus akan menarik sumbu pelita lalu menyebabkan penghuni rumah terbakar." [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, hadis no: 5848]

Dan….

Ibn ‘Umar meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

Jangan kalian biarkan api menyala dalam rumah kalian ketika kalian tidur. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, hadis no: 5846]

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT ketika sedang tidur.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,775 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen