Antara Adab Pemakanan Yang Telah Disebutkan Dalam Al-Qur’an Dan Sunnah, Yang Patut Kita Ikuti.

 

Apabila menyebut tentang Sunnah Rasulullah SAW, sunnah yang mana sering kita ikuti? Adakah yang hanya melibatkan perkahwinan, pernikahan dan poligami semata-mata? Bagaimana dengan perkara-perkara kecil yang sering kita lakukan setiap hari, namun kita tidak sedar, terutamanya ketika makan….

Siapa sahaja yang tak suka makan?

Setiap dikalangan kita, pasti tidak akan lupa untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam, malah sehingga berlebih-lebihan pula. Adakah kita masih mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan Al-Qur’an? Sekiranya terlupa, jom ikuti antara adab-adab makan dan minum yang dianjurkan dalam Islam…

1. Makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat.

Amat digalakkan untuk setiap individu menjaga makanan bukan sekadar yang berkhasiat, tetapi halal juga seperti firman Allah SWT:

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”(Al-Maaidah 5:88)

2. Menjauhi pembaziran.

Disamping pemborosan duit seharusnya perlu dikawal, pembaziran dalam makanan juga dibenci oleh Allah SWT dalam firmannya:

“…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas…” (Al-A'raaf 7:31)

Miqdan bin Ma’dikarib r.a berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidaklah seorang manusia memenuhi satu bekas yang lebih berbahaya berbanding perutnya sendiri. Cukup untuk seseorang itu makan sekadar untuk dapat menegakkan tulang belakangnya. Namun jika tidak ada pilihan , maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.” [Sunan at-Tirmizi : 2315, Hadis Hasan Sahih]

Oleh yang sedemikian, kita amat disarankan untuk makan sebelum kenyang dan janganlah berlebihan. Cukup sekadar mampu untuk kita menggunakan tenaga untuk melakukan sesuatu kerja, bukannya sehingga untuk membuang masa dengan bermalas-malasan.

3. Membaca Basmalah.

“Umar bin Abi Salamah RA berkata:

Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah SAW, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan.

Rasulullah SAW bersabda kepada ku:

“Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.””

[Sahih al-Bukhari : 4984]

Seandainya terlupa...

“Aisyah R.A meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu makan, hendaklah dia menyebut nama Allah SWT. Seandainya dia terlupa untuk menyebut nama Allah SWT sebelum makan, hendaklah dia membaca: Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya.”

[Sunan Abu Daud : 3278, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih dalah Sahih Abi Daud]

4. Makan makanan yang hampir dengan kita.

“Umar bin Abi Salamah RA berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah SAW, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah SAW bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu..."

[Sahih al-Bukhari : 4984]

Hadith diatas juga menggambarkan, semolek-moleknya kita mengambil makanan yang hampir dengan kita supaya tidak kelihatan begitu gelojoh ketika dihadapan rezeki pemberian-Nya. Sebolehnya meminta tolong dengan orang yang berdekatan, untuk dihulurkan makanan tersebut.

5. Menjauhi mencela makanan.

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW tidak pernah menghina makanan sama sekali. Jika baginda SAW mengingini makanan itu, baginda SAW akan makan, jika Baginda tidak suka, Baginda akan pergi meninggalkannya.

[Sahih Muslim : 3851]

Seperti hadith di atas, ia langsung tidak menggambarkan kehidupan kita pada masa kini dimana, sekiranya kita tidak menyukai makanan tersebut, terus dikritik, perli dan maki di dalam hati. Kalau tak sedap dan tidak mahu membazir, makanlah tanpa berbicara.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen