Jangan Sampai Tersalah Pilih Lelaki, Hidup Akan Jadi Sengsara.

 

Lelaki Pilihan Saya. Ketika anda didekati oleh seorang lelaki, tentunya pelbagai pertanyaan yang bakal muncul di fikiran. Adakah si dia benar-benar menepati citarasa anda? Apakah si dia juga memiliki sikap yang baik, penuh perhatian dan benar-benar sayang pada anda? Perasaan suka dan cinta memang tidak boleh dijangka dan tidak diketahui bila akan muncul. Jadi, sebelum anda terjerat dengan cinta lelaki, ada baiknya anda mengenal si dia dengan lebih dekat lagi. Cuba fahami karakter yang dimiliki sedalam-dalamnya. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka dan yang mana akhirnya nanti anda akan berkata, “Inilah lelaki pilihan saya!”



1. Hidup lelaki lebih mudah.

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa lelaki adalah berlainan.

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.



3. Lelaki suka membisu.

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki tidak kompleks.

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Kesimpulan.

Memilih “lelaki pilihan saya”, tidak mudah, perlukan ketelitian dan penilaian khas. Jangan sampai anda salah memilih “lelaki pilihan saya”, yang mana akan membuatkan hidup anda jadi sengsara. Memiliki “lelaki pilihan saya” tidak bermakna anda harus kehilangan jati diri anda sendiri. Untuk menghindari masalah-masalah tersebut daripada berlaku, anda perlu bijak memilih “lelaki pilihan saya” untuk dijadikan teman sehidup semati. Jika keserasian itu tidak dimiliki biarpun anda benar-benar sudah memahami sifat lelakinya, lebih baik anda putuskan sahaja perhubungan tersebut.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen