Ini Akan Terjadi Pada Anda Sekiranya Kurang Minum Air Putih.

 

Setiap orang akan mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan dahaga yang mereka rasakan. Tidak kiralah dengan meminum air putih, tea ais, soda, jus dan lain-lain lagi, semua terpulang pada individu tersebut. Namun begitu, minuman yang marik minat ramai orang sudah tentulah yang manis dan juga sejuk, sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas akhir-akhir ini.

Kadang kala kita lupa untuk mengambil air putih dalam rutian seharian kita, sedangkan air putih amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita jarang meminum air putih akan menyebabkan tubuh badan mengalami dehidrasi yang menyebabkan masalah kepada tubuh badan.





1. Mudah rasa penat dan juga pening.

Ini akan terjadi buat anda yang jarang minum air putih. Seseorang yang kurang minum air putih ini lebih mudah untuk berasa penat dan juga pening. Ini kerana, ketika tubuh dehidrasi, kadar oksigen dalam badan akan semakin berkurangan hingga menyebabkan badan mudah letih. Otak pula akan kekurangan oksigen yang cukup lalu membuatkan kepala terasa pening.



2. Kulit menjadi kusam dan kering.

Tubuh dalam keadaan dehidrasi akan memengaruhi keadaan kulit. Ini karena resistensi dan fungsi enzim tidak dapat bekerja dengan baik. Akibatnya, kulit jadi kering, terlihat kusam, dan struktur terlihat lapisan kulit pun ikut memburuk.



3. Terkena masalah pencernaan.

Dalam proses pencernaan, air diperlukan untuk mencerna serta menyerap nutrisi dari makanan. Saat tubuh kekurangan air, maka sembelit pun terjadi. Jika berlaku secara kerap ia akan menyebabkan anda terkena kanser usus. Takut bukan?


4. Rambut menjadi kusam, kasar, dan mudah gugur.

Keadaan kulit kepala yang terhidrasi dengan baik akan menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Ketika tubuh tidak mendapatkan air yang cukup, maka kulit kepala pun akan menjadi kering. Hal ini juga memengaruhi akar rambut yang menjadikannya kasar dan kusam.



5. Apabila sakit, mengambil masa untuk sembuh.

Fungsi organ anda akan berkurangan jika anda kurang mengambil air putih. Akibatnya, organ-organ badan tidak boleh berfungsi secara optimum dalam menghilangkan toksin dalam tubuh yang menyebabkan anda mendapat penyembuhan lebih lama.



6. Kulit berkedut.

Kurangnya penggunaan air boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya. Kerana aliran darah terhalang, kekurangan penggunaan air jangka panjang juga boleh merompak sel-sel kulit anda dari nutrien yang mereka perlukan untuk meregenerasi kulit. Akibatnya, kekurangan penggunaan air dapat mempercepat pembentukan kedutan, garis halus dan tanda-tanda penuaan.

Jadi masih ragu-ragu untuk meminum air dengan secukupnya? Masih belum terlambat sekiranya anda ingin mengamalkannya sekarang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen