4 Jenis Luka Selepas Beranak Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu, Dan Bagaimana Proses Menjahitnya.

 

Apabila bercakap mengenai luka selepas bersalin ini pasti ramai yang rasa seriau dan seram, baik yang sudah beranak, mahupun belum pasti akan merasa perasaan sebegini. Apa yang kita tahu biasanya ada dua sahaja jenis luka selepas beranak ini, sama ada luka yang sedikit ataupun luka hingga ke dubur.

Luka yang tidak begitu teruk biasanya akan dilakukan oleh jururawat manakala luka yang sebaliknya akan dilakukan oleh doktor kerana prosesnya perlukan ketelitian.

Menurut perkongsian Dr Muhammad Izzat ini, terdapat 4 jenis luka selepas beranak ini, dan masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menjahit luka tersebut. Jangan nanti jahitan tidak kemas anda salahkan doktor pula.



“Nah doktor, amek mesin jahit jenama Singer ni, jahit bini saya elok-elok!”

Secara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis:



Tahap 1 - luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj.

Tahap 2 - luka melibatkan otot dalam, tapi tapi tak melibatkan otot injap pada lubang dubur.

Tahap 3 - bila luka dah melibatkan koyakkan otot injap dubur (sama ada external atau internal sphincter).

Tahap 4 - luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam (anorectal mucosa).

Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka tu jenisnya bagaimana. Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit. Cuma yang susah-susah tu, misi akan roger Doktor la untuk menjahitnya. Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ni dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur. Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak kat situ. Kalau tak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar kat luka, lambat baik, dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.

Nak ‘repair’ koyakkan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so pesakit akan bertenang dan relaks. Otot-otot dubur yang koyak tu pun akan kurang regang maka proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti. Takdeler insiden tendang menendang doktor masa menjahit tu kan?

Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit tu.

Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit. Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj tu nampak seperti asal sebelum koyakan tu bersalin. Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi jugak bius, tapi bius ni namanya bius setempat (bius dicucuk pada tempat koyak tu sebelum dijahit), takda ler jahit hidup-hidup. Tipu sangat!

Maka, konsepnya mudah jahitan koyakkan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan - tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.

Asalkan perineum itu bercantum semula, dan nampak luaran macam faraj/vagina dah lebih dari cukup, kalau nampak macam muka anak si bahenol yang perempuan tu, dah lain cerita tu.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,220 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen