“Nafkah Yang Suami Bagi, Isteri Patut Cuba Simpan, Melabur Dan Berniaga…” Nasihat Untuk Para Isteri.

 

Pada masa kini, menjadi isteri yang bekerjaya sudah menjadi lumrah dunia. Suami pun tidak kisah sekiranya si isteri keluar bekerja mencari rezeki, kerana dapat menampung perbelanjaan rumah. Akan tetapi, tidak ramai isteri yang sedar untukmenyimpan wang atau mengumpul harta dengan duit nafkah pemberian suami.

Sebahagian daripada mereka, hanya tahu berbelanja boros, sehingga takdir yang menentukan si suami tiada sama bercerai atau kematian. Pada ketika ini, ramai kaum wanita yang terburu-buru membuat keputusan, dan hilang kewarasan seolah-olah tidak tahu nak buat apa, sebab tidak memiliki harta sendiri.

Kisah ini dikongsi oleh Puan Marlia Ramli untuk para wanita yang mengalami situasi begini…

********

1. Mulai hari ini ambil dua helai kertas. Helaian pertama tulis dengan jelas dan terang. Jika suami tinggalkan atau meninggal, sebulan berapa kos sara hidup yang kita perlukan? Termasuk perbelanjaan anak-anak, tempat tinggal, makanan, pengangkutan, takaful kesihatan dan sebagainya .

RM1,000 atau RM3,000 atau RM5,000 atau RM10,000?

2. Helaian kedua, tulis berapa yang diri mampu jana sebulan? Pendapatan hakiki berapa? Pendapatan kedua dan ketiga berapa? Jumlahkan kekayaan yang kita mampu jana setiap bulan.

RM1,000 atau RM3,000 atau RM5,000 atau RM10,000?

3. Semak dan nilai. Ketahui berapa kemampuan sebulan? Kita lawa, kita cantik dan kita manja. Suami sayang kita. Tapi jika suami meninggal besok bagaimana? Mujurlah jika beliau hibahkan harta. Tapi... Jika tiada?

4. Oh ya! Jika ditinggalkan bagaimana? Kita lawa, cantik dan manja. Tapi di luar sana lebih ramai wanita yang jauh lebih lawa berbanding kita. Persediaan kita apa?

5. Berbanding make up mahal dan pakaian bergaya, wanita hari ini perlu lebih pintar. Perlu jana wang. Perlu tingkatkan pendapatan. Nafkah suami bagi jangan guna. Simpan dan laburkan.

6. Tak perlu banyak. Sediakan minimum sebuah rumah. Dua tiga rumah lebih baik. Pelbagaikan dana cemas dalam matawang dan emas. Enam hingga 12 bulan. Pastikan diri ada kemahiran.

7. Wang jangan peram jadi pekasam. Agihkan sedikit jadi modal perniagaan. Wang diperam tidak akan bekerja kuat. Wang yang diperam akan jadi pemalas. Tapi bila dilaburkan dan diniagakan, wang akan mula bergerak dan bekerja untuk kita.

8. Jangan selesa. Suami kapten kapal, gaji RM50 ribu sebulan tidak menjamin apa-apa. Itu wang dia, bukan wang kita. Kita ada kemahiran apa? Surirumah juga boleh bekerja dari rumah.

9. Jika menjana RM33 sehari, sebulan dah RM1,000. RM500 di ASB dan RM500 lagi tukarkan kepada 2.7 gram emas sebagai harta sebulan sekali. Nafkah yang suami bagi setiap bulan, kumpul jadikan modal perniagaan.

10. Andailah lima tahun berumahtangga sebelum terpisah jodoh, dengan menjana RM33 sehari, wang tunai di ASB ada sekitar RM35,500 dan emas ada 162 gram bernilai sekitar RM30,000 jika harga semasa tanpa dikira kadar kenaikan. Ikut rekod lepas lima tahun pasti harga emas dah naik dah pun. Dipelbagaikan emas agar tidak mudah kebocoran.

Inilah bekalan dan talian hayat. Supaya bila dikhianati tidak terduduk. Simpanan matawang dan emas adalah paling mudah jika surirumah.

Tak perlu bagi alasan tak ada payslip atau suami tak bagi beli rumah bagai. Sentiasa ada jalan lain untuk membina persiapan.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen