Lelaki Ini Kongsikan Kenapa Suami Perlu Ada Income Protection.

 

Sebagai lelaki, apabila sudah menjadi suami dan bapa kelak memang berat tanggungjawab yang perlu dipikul, terutamanya dari segi kewangan. Salah langkah, pasti isteri dan anak-anak akan terikut. Jika isteri jadi penasihat dalam keluarga, tetapi kalau suami tak nak ikut pun susah jugak. Sebab itu, lelaki yang perlu lentur egonya dahulu, jika mahu mendidik tentang kewangan ini.

Seperti perkongsian dari saudara Ahmad Samhan ini, suami wajib ada income protection atau dipanggil penggantian/perlindungan pendapatan semasa berlakunya malapetaka seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal, kerana….

********

Korang WAJIB tahu pasal income protection ni!! Lagi-lagi kalau korang adalah seorang suami dan seorang ayah, memang kena ada INCOME PROTECTION.

1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.

Korang kena sedar yang korang adalah penyumbang utama pendapatan keluarga. Income protection ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum korang mati. Boleh?

2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.

Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat korang, macam mana isteri nak bayar hutang-hutang tu semua. Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.

3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.

Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga sendiri. Kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri kau? Okaylah tu. Kalau korang pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang korang nak bagi kat isteri buat belanja?

4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK

Bila korang dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau ada income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak korang. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang korang tinggalkan tu.

#MOTS

Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.

Ramai kawan-kawan yang saya jumpa dah tersilap ambil life takaful sebagai income protection.

Tersilap ni maksudnya pampasan yang dia atau keluarga dia akan dapat nanti sangat sikit berbanding keperluan yang sepatutnya.

Pampasan yang ideal bila berlaku hilang upaya menyeluruh (kekal) dan kematian adalah sama dengan 10 tahun gaji kita.

Okay, saya bagi contoh untuk orang yang bergaji RM4,000.

RM4,000 x 12 x 10 = RM480,000

Orang bergaji RM4,000 perlu ada takaful hayat (income protection) yang boleh bagi pampasan sebanyak RM480,000.

Ada yang bayar mahal, tapi pampasan bawah RM100K pun ada.

Memang sangat tak cukup. Kesian kat anak dan keluarga yang kita akan tinggalkan nanti.

Padahal untuk dapatkan manfaat takaful yang tinggi macam kat bawah ni, tak perlu guna sampai 10% gaji pun.

Lelaki umur 30 tahun, tak sampai RM250 sebulan boleh dapat manfaat takaful macam kat bawah ni.

  • Kematian Semulajadi: RM500,000
  • Hilang Upaya Menyeluruh Kekal: RM500,000
  • Kematian Akibat Kemalangan: RM1,000,000
  • Kematian Semasa Haji/Umrah: RM1,000,000
  • Kematian Kemalangan Public Conveyance: RM1,500,000
  • Kematian Bencana Alam: RM3,000,000

*Contoh yang diberikan adalah untuk lelaki yang berumur 30 tahun. Kalau lagi muda, lagi murah.

Semoga bermanfaat. Isteri pujuklah suami untuk buat income protection ni. Kalau suami tak mampu,kau buatkan dan bayarkan untuk dia. Isteri solehah gitu. Haha!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen