5 Cara Mudah Sediakan Dana Kecemasan, Selepas Ini Tidak Perlu Berhutang.

 

Dana kecemasan ini biasanya sangat membantu terutama jika and tiba-tiba berdepan dengan perkara yang tidak dijangkakan. Sebagai contoh, tiba-tiba anda jatuh sakit, ingin pulang ke kampung ataupun kereta anda rosak. Maka jika berlaku tiba-tiba boleh lah anda gunakan dana kecemasan ini.

Masalahnya sekarang ini ramai yang beranggapan dana kecemasan ini tidak begitu penting kerana sudah miliki simpanan untuk setiap bulan. Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan bahawa agak sukar untuk lakukan dana kecemasan ini. Jadi apabila perkara yang tidak terduga belaku, ramai yang memilih untuk berhutang.

Apabila berhutang, kewangan anda pada bulan seterusnya akan semakin terbeban. Jadi dana kecemasan ini akan lebih membantu anda. Susah nak simpan dana kecemasan? Jom ikut cara ini.



1. Menjual barangan yang tidak digunakan lagi.

Cuba periksa setiap sudut rumah, mesti ada barang yang belum digunakan, tetapi masih dalam keadaan yang baik. Daripada perkara-perkara ini berhabuk dan memenuhi ruang, lebih baik mencari orang lain yang bersedia membeli barang tersebut.



Ada barang-barang yang boleh dijual seperti peranti elektronik, hiasan rumah, dan pakaian. Manfaatkan laman jual beli secara dalam talian untuk menjual apa-apa yang ada di sekitar anda dan tidak lagi digunakan.

2. Lakukan pembelian sekali seminggu.

Jangan berbelanja terlalu kerap, ini kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk menabung. Adalah lebih anda biasakan diri anda dengan membeli belah seminggu sekali sahaja. Pembelian dalam jumlah besar sering dapat menjimatkan wang tambahan jika dibandingkan dengan membeli barang dalam keadaan yang sedikit. Jadi tunggu barang-barang habis dulu baru lah anda beli yang baru.

3. Cari pendapatan lain.

Sumber pendapatan tambahan adalah salah satu cara yang dapat membantu anda untuk menyelamatkan dana kecemasan. Manfaatkan kemahiran yang anda miliki untuk menjana pendapatan di luar tugas utama anda.

4. Simpan setiap baki pembelian.

Setiap kali pembelian pasti akan ada baki wang yang boleh anda masukkan ke dalam tabung dana kecemasan anda. Tidak kiralah ia sekadar RM 1 atau RM 5, pastikan anda memasukkannya ke dalam tabung. Jangan gunakan wang tersebut untuk perbelanjaan lain. Jadi apabila dapat baki yang kecil sahaja asingkan untuk dana kecemasan anda.



5. Jangan gunakan syiling anda.

Wang syiling sememangnya membebankan untuk biarkan dirinya ke dalam beg anda. Jadi jangan gunakan wang syiling anda untuk perkara yang tidak perlu. Adalah lebih baik anda menyimpannya. Walaupun nilainya kecil tetapi ia akan membantu dalam penambahan tabung anda.

Jangan memandang remeh akan dana kecemasan ini. Hal ini kerana, anda tidak tahu bila anda akan berdepan dengan masalah malah anda dana ini membantu anda untuk tidak melakukan hutang tambahan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen