“Berpeluh Nak Bayar Bil..” Cuba Tips Ini Untuk Berjimat!

 

Antara salah satu punca pasangan yang sudah berkahwin sering bertelingkah adalah apabila untuk merancang kewangan. Si suami suruh isteri, si isteri suruh suami pula. Kata si suami, sibuk nak mencari rezeki, tak sempat nak rancang kewangan. Isteri pula sibuk menguruskan rumah dan anak-anak, memang tak sempat tengok kos-kos bil semua.

Akhirnya, langsung tiada perancangan kewangan dalam keluarga…

Jadi, pada mereka yang berfikir mahu menamatkan zaman bujang dan sudah berkahwin, ambil peluang ini cara berjimat melalui 3 bil ini…

1. Bil elektrik.

Perbelanjaan dari segi elektrik ini memang sentiasa diluar jangkaan kita. Apa yang kita lihat semua barang elektrik yang digunakan sedikit sahaja, masakan boleh membuat bil melambung tidak dapat capai dek akal. Jadi, pasangan suami isteri haruslah:

  • Menutup dan cabut soket elektrik yang tidak digunakan seperti TV, Komputer, Laptop, Moderm Internet.
  • Tutup lampu dan kipas pada ruangan yang tidak digunakan.
  • Gunakan Surge Protector pada barang elektirk yang mahal seperti computer dan TV.
  • Beli barang elektrik yang jimat tenaga iaitu memilliki logo 5 bintang.
  • Untuk mereka yang ada penghawa dingin pula, beli yang ada teknologi inverter. Kemudian set-kan timer sebelum tidur, taka da lah tidur sepanjang hari dengan penghawa dingin. TIdak elok untuk kesihatan juga.

Anda mungkin dapat jimat 30-50% daripada bil anda yang sekarang.

2. Bil air.

Cara mudah untuk jimat dalam menggunakan air adalah:

  • Ketika anda sedang memberus gigi, membasuh muka, elakkan membiar air paip terbuka dan mengalir begitu sahaja.
  • Jika terdapat sinki, paip atau tangki bocor, cepat-cepat repair!
  • Isi botol minuman 1.5L dan letak dalam tangki flush toilet. Anda tak perlu guna satu tangki untuk flush sisa anda

Anda mungkin boleh jimat sehingga 25-30% untuk bil air anda.

3. Bil kad kredit.

  • Elakkan membuat bayaran terlepas tarikh due date kerana semakin hari/bulan, semakin meningkat interest anda.
  • Jika kerap skip bayaran, jumlah interest akan berubah dan anda mungkin terkejut melihat bilk ad kredit anda melambung.
  • Jika dah tak mampu nak pakai kad kredit, selesaikan semua tunggakan untuk elakkan diri daripada terkena blacklist dengan bank.

Oleh itu, anda digalakkan membuat pembayaran bil semua ini dengan menggunakan kaedah online kerana alasan terlupa nak bayar. Kemudian anda perlu tutup mana-mana akaun bank yang jarang pakai, kerana setiap tahun bank akan kenakan caj untuk servis pada kad ATM anda.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,608 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen