Antara Sebab Ibu Yang Sedang Hamil Tidak Digalakkan Bermain Sosial Media.

 

Laman sosial media adalah platform dimana ramai orang kunjungi kerana ia terdapat pelbagai perkara yang boleh diikuti, malahan pelbagai berita yang up to date. Info-info yang terdapat dalam sosial media juga membuatkan kita mudah terpengaruh, namun tidak tahu sejauh mana kesahihannya. Dikalangan kita pasti tidak lari menggunakan sosial media ini, termasuklah ibu-ibu yang mengandung.

Yelah, suami dan ahli keluarga pasti melarang untuk melakukan kerja-kerja berat, nanti berlaku yang tidak diingini pula. Apabila ibu hamil ini sudah bosan, sudah tentu sosial media menjadi pilihan utama untuk dibaca.

Namun sedemikian, ibu yang hamil ini tidak digalakkan kerap bermain sosial media kerana…

1. Mudah tergoda dengan info-info palsu yang disiarkan.

Pada mereka yang hamil termasuklah ibu-ibu yang muda usianya, pasti ingin membaca segala informasi berkenaan dengan kehamilan, kan? Info-info ini kebanyakannya mudah dicari melalui facebook, twitter dan Instagram. Berbanding dengan dulu, hanya melalui blog atau wordpress sahaja. Jadi, sebagai ibu yang hamil pasti teruja dengan info-info yang menarik seperti…

Makan pil xxxxx mampu menambahkan susu…

Makan makanan xxxx mampu menghilangkan penat dan sakit belakang…

Minum air xxxx mampu memutihkan bayi kelak….

Minum susu xxxxx mampu melahirkan bayi perempuan…

Jangan mudah terpedaya dan jangan terlalu ikutkan emosi ketika membaca info-info ini ya! Dapatkan nasihat daripada ibu sendiri dan ibu mertua dahulu.

2. Mudah menjadi murung.

Ibu yang hamil tidak digalakkan kerap bermain sosial media adalah kerana mudah murung. Apabila membaca sesuatu info dengan penuh emosi, kemudian mempercayai kisah-kisah rumah tangga yang disebarkan pula, pasti kisah-kisah tersebut mampu mempengaruhi minda ibu hamil. Kemudian cuba samakan keadaan dirinya dengan apa yang terjadi dengan kisah tersebut.

Isu ini sememangnya membuatkan ibu hamil mudah menjadi murung. Jadi, elakkan membaca kisah negatif, tetapi carilah perkara yang positif untuk anda terapkan.

3. Mula tidak mempercayai diri sendiri.

Secara tipikal, isu yang paling hangat diperkatakan adalah apabila golongan wanita yang suka membandingkan hidupnya dengan orang lain.

Suka membandingkan gaya hidupnya dengan pasangan lain....

Suka membandingkan kesihatan diri dengan orang lain....

Suka membandingkan rumah tangga sendiri dengan orang lain....

Tahu atau tidak, dengan membuat perbandingan sebegini akan membuatkan ibu yang hamil mula tidak mempercayai diri sendiri dan menjadi punca depresi atau murung. Sudah tentu situasi ini akan menjejaskan kesihatan ibu yang hamil, termasuklah bayi di dalam perut.

“Orang lain pregnant sihat je, kenapa aku banyak alahan?”

Berhenti Membuat Perbandingan!

4. Mudah mengalami impulsif.

Kenapa kadang-kala wanita sukar untuk mengatur kewangan? Kerana adanya perasaan impulsif pada diri ketika sedang hamil. Ketika bujang atau ketika masih belum menimang cahaya mata, perasaannya biasa-biasa sahaja, tidak selalu shopping dan hanya membeli barang keperluan sahaja. Berbanding dengan ketika hamil, semuanya mahu bertindak tanpa berfikir dahulu.

Alasannya kerana ada bayi dalam perut.

“Baby yang nak katil macam ni, bukan sayang…” pening kepala suami melihat isteri yang kerap beli barang bayi secara online.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen