Kenangan Bersama Anak Ketika Kecil Tidak Boleh Dibeli, Ini 5 Tanda Anda Kurang Meluangkan Masa Bersama Mereka.

 

Dalam sbuk mencari rezeki buat anak-anak dan keluarga, kadang kala kita terlalu leka bahawa saat manis bersama keluarga adalah lebih bermakna jika hendak dibandingkan dengan tekanan berkerja. Dalam masa 24 jam itu, belum tentu cukup untuk membahagikan setiap masa di antara kerjaya dan juga keluarga.

Banyak ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga masa untuk anak-anak tersangatlah terhadap. Mungkin dari pandangan mata masa yang sedikit itu cukup untuk menjalinkan kemesraan bersama anak-anak. Sedangkan, anak-anak yang semakin meningkat dewasa ini mahukan lebih perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.



Sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak serta mahukan keluarga sentiasa bahagia, cuba untuk lebih bijak dalam mengimbangi antara kerjaya dan juga keluarga. Jangan kerana terlalu sibuk anda mengabaikan anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang anda.

Anda rasa kasih sayang, perhatian serta masa yang anda beri itu sudah mencukupi? Cuba lihat jika 5 perkara ini masih ada dalam rutin harian anda, maka itu bermakna anda terlalu sibuk dengan kerjaya anda.

                     

1. Jarang makan bersama.

Dalam pembentukan sebuah keluarga yang bahagia, pertemuan di meja makan adalah perkara yang sangat penting. Di sini, anda boleh saling melihat wajah anak-anak serta pasangan, bahkan di sini juga anda boleh saling berbincang dan berbual. Tidak perlu makan bersama terlalu kerap tapi cukup sekadar sehari ada masa untuk kalian makan bersama, biasanya waktu yang paling sesuai adalah waktu makan malam. Di mana ketika itu sudah bebas dari segala rutin yang sibuk.

2. Anak ketagihan gadget.

Apabila anak-anak berasa kurang perhatian mahupun kasih sayang dari ibu bapa mereka, maka mereka akan mula menagih kasih pada yang lain. Gadget adalah perkara yang terlalu dekat dengan anak-anak pada masa ini. Jadi jika anda melihat anak anda tidak boleh berjauhan dari gadgetnya maka anda anda sudah ketagihan terhadap perkara tersebut dan lebih dahagakan perhatian dari barang yang tidak bernyawa itu.

3. Tidak tahu nama rakan-rakan anak.

Setiap ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak-anak mereka berkawan, perlu tahu siapa ibu bapa kepada kawan anak-anak mereka. Jika anda tidak mengenali siapa mereka berkawan, maka anda mungkin akan berhadapan dengan masalah kemudian hari. Hal ini kerana, pengaruh rakan-rakan sebaya ini adalah lebih kuat untuk membawa mereka ke gejala yang tidak sihat. Sebab itulah anda perlu sentiasa memantau anak-anak anda.

                     

4. Jadual kelas tambahan anak terlalu padat.

Pelajaran sememangnya penting, tetapi jika anak-anak terlalu sibuk dengan pelajaran sehingga tiada masa untuk bersama anda, itu bukanlah satu yang baik untuk anak-anak anda. Kelas tambahan yang banyak hanya akan membuat anak-anak anda semakin penat sehingga mereka sendiri tidak mampu meluangkan masa bersama-sama anda.

5. Jarang luangkan masa bersama.

Apabila waktu petang atau hujung minggu, kebanyakan ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ini beriadah ke taman berdekatan rumah. Ataupun ada yang meluangkan masa bersama-sama di rumah sahaja. Tapi berlainan dengan anda, jarang sekali untuk anak meluangkan masa bersama kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja yang tidak pernah habis.

Kemewahan sememangnya penting untuk membuat anak-anak anda memperolehi keselesaan hidup. Namun begitu, kebahagiaan dan saat anak anda membesar itu tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit anda, walaupun anda seorang yang kaya raya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen