“Sebagai Suami Bayar Apa Yang Wajib Dan Tunaikan Hak Isteri Terdahulu, Kemudian Bayar Yang Lain Pula”

 

Tidak ramai dikalangan kita, di awal perkahwinan sahaja memiliki kewangan yang stabil dan harta yang banyak untuk menampung hidup berdua. Apatah lagi apabila sudah memiliki cahaya mata. Bertungkus-lumus untuk mengendalikan kewangan keluarga, memang semua pasangan sudah merasai fasa tersebut. Sama ada berjaya atau terkandas, ianya terpulang pada usaha masing-masing.

Saudara Firdaus Shakirin telah berkongsi di laman facebooknya, bagaimana dirinya bersama isteri berdikari dalam menguruskan kewangan sejak dari awal perkahwinan lagi…

********

No photo description available.

Dulu mula-mula kawin, gaji RM1800 ja…

Cukup ke tidak ni nak bela anak org...perbelanjaan dan komitmen berumahtangga tak sama macam hidup bujang…

Ketika bujang, tengah-tengah bulan atau masa sengkek, balun megi dgn roti je. Takkan nak bagi anak orang pun makan megi, makan roti je? Hmmm…

Banyak yang difikirkan sebelum nak berkahwin dulu. Mental dan fizikal dah bersedia, cuma takut poket ja tak mampu nak tanggung isteri.

Akhirnya kahwin jugak, then dalam 2,3 bulan pertama tu, masih ada duit baki kenduri dan ada sedikit duit saving, so bleh survive macam biasa. Masuk bulan keempat pula, kelima, rasa mcm ngam-ngam ja ni.

Tengok dompet, boleh tahan smpai gaji ke tidak ni? Yela, gaji banyak tu je, plus OT dalam 2, 3 hari, tolak pulak duit sewa umah, ansuran kereta, minyak kereta, beli barang dapur, bayar bil, bakinya berapa je yang tinggal. Kemudian kena bagi duit belanja kat isteri lagi…isteri bekerja jugak time ni…

“Ayg, duit abang tinggal RM100 je lagi”

Saya berterus terang dengan wife, baki duit tinggal banyak tu ja…2 minggu lagi gaji…

Wife kata, tak apa, duit dia ada lagi, guna duit dia…terus dia hulur 300…

”Kalau tak cukup, bagitau la ayang”…

Malu nak ambik, sebab itu duit bini, tapi dah nak kena guna, ambik jugak la…

”Nanti abang bayar balik”

Saya cakap kat wife…dia tak kata apa pun…guna la duit yang dia bg tu smpai gaji…

Dapat ja gaji, saya nak bagi balik duit dia, dia kata tak apa, tak payah bagi…dia bagi kad bank dia, dia cakap

“Abang manage kewangan keluarga kita, guna apa yang ada dalam kad tu”…

Gaji dia masa tu dalam RM2k lebih, tinggi dari saya…dah dia bagi kebenaran macam tu, dan saya fikir-fikir kalau guna gaji seorang sahaja memang tak lepas nak bayar komitmen/hutang, so saya combine gaji kami berdua, setel bayar hutang-hutang semua…

Contoh total = 3.5k, tolak sewa umah, duit kereta, duit minyak, duit bil utility, belanja barang dapur, topup semua, tinggal la baki dlm 1.2k…saya bagi dia 1k, saya ambik 200…

“Kenapa saya 1k, abang 200…?”

“Abang guna 200 ni dulu, klu tak cukup, abang mintak lagi...”

Awal-awal kahwin, agak struggle jugak bab kewangan ni. Mana-mana pasangan pun mungkin akan hadapi perkara yang sama sementara nak terbiasa.

Nasihat saya, sebagai suami, usahakan dulu bayar apa yang menjadi kewajipan kita, tunaikan dulu hak-hak isteri…hak yang sepatutnya dia dapat…cukup, tak cukup duit kita tu, belakang kira dulu janji kewajipan kita dah tunaikan…

Kini, setelah melalui semua kesusahan dan kepayahan tu, boleh saya katakan, saya dah mampu bagi balik apa yang isteri bagi pada saya dahulu…dengan anak 3, dengan dirinya yang dah tak perlu bekerja, surirumah sepenuh masa, hidup pun dah berubah, ekonomi dan kewangan keluarga pun dah makin stabil, saya rasa, saya dah berjaya dalam menjadi seorang suami…saya dah mampu untuk tanggung dan menyara keluarga kecil kami dengan apa yang ada…

Kepada suami diluar sana, laksanakan dulu kewajipan kita seboleh-bolehnya dan semampunya, kemudian Insya Allah kita akan memperoleh ganjaran daripada setiap apa yg kita dah lakukan…

********

Semoga Bermanfaat Dan Dijadikan Sebagai Iktibar Bagi Mereka Yang Mahu Ke Jinjang Pelamin!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,712 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen