Perkongsian Tentang Harta Pusaka Adik-Beradik Yang Telah Meninggal Dunia.

 

Berapa ramai dikalangan kita yang ada rasa tanggung jawab dalam diri untuk menguruskan harta adik-beradik yang telah meninggal dunia dengan amanah?  Dan berapa ramai juga yang berbincang bersama-sama dengan adik-beradik yang lain untuk menguruskan harta ini dengan serius, dan bukan demi keseronokan dunia semata-mata?

Seperti perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini, sebagai adik-beradik amat penting untuk uruskan harta adik-beradik yang telah meninggal dunia dengan amanah dan bertanggung jawab….

********

Image may contain: text

Pesanan untuk adik-beradik sendiri...

Harta Pusaka Adik-Beradik Yang Meninggal : Tanggungjawab atau Durian Runtuh?

Bila seseorang itu meninggal dunia, yang dibawanya hanya 3 perkara iaitu:

  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang bermanfaat
  • Doa dari anak yang soleh/solehah

Harta benda, rumah, kereta, tanah, gelang tangan, saham, semua ini akan ditinggalkan dan dinamakan harta pusaka, harta peninggalan si mati…sebagai orang islam, kita ada option untuk mewasiatkan harta kita tu, atau menghibahkan harta tersebut sebelum kita meninggal dunia dan jika kita tak sempat untuk buat kedua-dua cara ini, maka harta pusaka peninggalan itu akan dibahagi secara FARAID

No photo description available.

Jika kita selaku adik beradik kepada si mati (si mati ialah adik, abg, kakak kita) ada menerima bahagian tersebut, sejumlah harta dan wang ringgit daripada pembahagian faraid…

Adakah itu durian runtuh, rezeki terpijak ataupun tanggungjawab?

Masyarakat kita, bila dapat sesuatu hasil dari faraid, yang dipandangnya adalah harta tersebut sahaja…dia akan pikir, nak jual atau tak tanah tu, duit tu nak melancong mana atau beli apa…

Tahukah kita yang harta atau duit tersebut datang beserta tanggungjawab untuk menjaga apa yang ditinggalkan si mati?

Iaitu anak-anak si mati…anak saudara kita? Anak kepada abg kita/kakak kita/adik kita yang telah meninggal dunia…sepupu kepada anak-anak kita…

Berapa ramai yang masih menjaga, mengambil tahu anak-anak adik beradiknya yg telah meninggal dunia?

Mungkin ada, tapi tak banyak…yang banyak, buat hal sendiri, jaga rumahtangga sendiri…anak si mati makan ke tak, tak tahu…

Ada duit utk belajar ke tak, tak tahu…

Kesusahan, kepayahan dan keperitan hidup mereka setelah ayah atau ibunya pergi, juga kita tidak mengambil tahu…

Sekadar ingin mengingatkan, kita masih bertanggungjawab terhadap anak-anak si mati…

Itu anak-anak adik beradik kita…

No photo description available.

Walaupun kita tiada apa-apa lagi pertalian dgn bekas isterinya atau bekas suaminya, balu si mati, tetapi hubungan dengan anak si mati masih ada. Cubalah mengambil tahu tentang kebajikan hidup ank-anak si mati dan menolongnya sekadar yang kita mampu. Jangan abaikan tanggungjwb ini, sebab ini sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai adik beradik si mati…

Jangan sekadar guna apa yang kita dapat dari si mati untuk kepentingan diri sendiri…

No photo description available.

No photo description available.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,687 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen