Bila Duduk Di Rumah Mertua Perlu Tahu Bawa Diri, Jangan Terperap Dalam Bilik Sahaja.

 

Apabila cakap sahaja hujung minggu ini balik rumah mak mertua, masing-masing sudah mula rasa tidak selesa. Biasalah bukan rumah mak sendiri, kalau rumah mak sendiri pasti akan tersenyum sahaja menanti hujung minggu. Kenapa tidak suka duduk di rumah mertua ini?

Adakah kerana anda tidak tahu mengambil hati mertua sendiri?

Menjadi perkara biasa sekiranya menantu akan berasa kekok apabila berada di rumah mertua, tapi itu tidak bermakna anda perlu duduk di dalam bilik sahaja. Apabila ingin rasa selesa dan buang rasa kekok itu, anda sendiri perlu tahu memainkan peranannya.

Baik menantu lelaki mahupun menantu perempuan, masing-masing janganlah terperap di dalam bilik sahaja apabila pulang rumah mertua. Cari kerja, buat kerja untuk pikat hati mertua anda. barulah mereka juga tidak berasa rimas dengan kehadiran anda.

Sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin mengenai perkara-perkara yang perlu anda lakukan apabila tinggal di rumah mertua. Ringankan tulang sedikit, barulah mertua sayang.



Bila duduk di rumah mertua...

Baik macam mana pun seorang menantu itu, pasti ada jugak sesuatu yang tak kena dimata seorang mertua. So, jika kita tinggal sekali dengan mertua, atau pulang ke kampung mertua, ini tips-tips yang boleh saya bagi untuk elak mertua bertambah benci atau tidak suka kepada menantu.

Awk ore jantan ke, ore tino ke, perkara pertama ialah jangan bangun lambat!

Tak kisah la awk nak cakap itu hari weekend ke, hari cuti ke, nak tidur lebih ke, nk rehat lama ke, kita orang Islam, kena solat subuh tetap kena bagun awal untuk solat. Lepas dah bagun, tak akan nak tidur balik? Tak baik tidur lepas subuh, sempit pintu rezeki tu nanti...then apa nk buat?

Masuk ke dapur, tegok apa yang ada, orang jantan, kalau tak ade apa-apa kat dapur, ke luar la p beli sarapan...nasi lemak, roti canai, kuih muih. Letak atas meja, bawah tudung. Orang pompuan, kalau ada barang-barang asas/mentah yang boleh digunakan, buat cucur atau goreng la apa-apa, then bancuh air kopi ke, teh ke, milo ke... Siapkan sarapan...

Seterusnya? Orang jantan boleh baca suratkhabar, ataupun duduk luar rumah, kemas-kemas halaman rumah dan sebagainya. Orang pompuan pulak sapu sampah, lap-lap apa yang patut dalam rumah, buat kerje-kerja rumah.
Tak boleh rehat atau tidur langsung ke?

Boleh, setel smua kerje tu, tidurlah. Tidur sunat sebelum zohor, tidur dapat, pahala pun dapat...

Kalau tak nak tidur dah, geng-geng mak jemah boleh ke dapur, buat preparation untuk makan tengah hari. Tak tahu masak macam mana pun, masuk jugak dapur tu, potong-potong apa yang patut, tolong mertua. Jangan duduk dalam bilik ketika mertua tengah sibuk di dapur, please don't.

Bila dah selesai semua perkara-perkara yang utama, maka boleh la buat hal masing-masing. Time tu, mertua pun tak boleh nak kata apa dah sebab kita dah buat macam-macam dah. Nanti petang atau malam baru sambung pulak buat kerje.

Baik menantu lelaki, ataupun menantu perempuan, bila tinggal atau balik ke rumah mertua, jangan buat perangai macam kat rumah sendiri. Dekat rumah orang ni, ada mata yang memerhati dan akan menceritakan apa yang kita buat. Kalau boleh, jaga tingkah laku, behave untuk seketika...

Tapi kalau dah buat semua yang dinyatakan, mertua still tak suka atau tak boleh terima, maka biarkanlah dia. Kita just buat kebaikan, sebarkan kebaikan agar kebaikan tu sentiasa mengiringi kita, selebihnya, doa banyak-banyak...


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen