5 Tips Membina Keluarga Bahagia Bagi Seorang Muslim.

 

Secara asas, keluarga adalah unit pertama dan institusi pertama dalam perhubungan manusia. Secara tidak langsung, hubungan yang terjalin ini akan membentuk individu-individu menjadi sebuah masyarakat. Iaitu melalui interaksi , memperoleh ilmu pengetahuan dan memupuk segala nilai-nilai yang murni.

Malahan bergelar sebagai ibu bapa perlu memperoleh keterampilan dan ketenangan supaya dapat membina keluarga yang bahagia. Di samping itu, pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan terciptanya hubungan suci yang terjalin antara lelaki dan perempuan melalui pernikahan yang halal, memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya. Oleh sebab itu kedua suami isteri itu merupakan dua unsur utama dalam keluarga.

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“…Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman…”(An-Nisaa' 4:3)

Dimana, sebagai Muslim, Al-Qur’an perlu menjadi sumber utama dalam mempersiapkan diri menjadi insan yang lebih baik, mengikuti sunnah Rasullah SAW seperti pernikahan dan perkahwinan, untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, dan juga dalam mendapatkan keluarga yang bahagia.

Ini kerana Al-Qur’an itu sendiri diturunkan dengan ayat-ayat pendidikan. Di sini terdapat isyarat, bahawa tujuan terpenting Al-Qur’an adalah mendidik manusia dengan kaedah memantulkan, mengajak, menelaah, membaca, belajar dan memerhati seperti firman Allah SWT dalam surah Al-‘Alaq ayat 1-5:

Bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), “

“Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;”

“Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,”

“Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, “

“Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Jadi, sebagai ibu bapa memang seharusnya mendidik anak-anak dengan bersumberkan Al-Qur’an dan Sunnah, supaya dapat membina keluarga yang bahagia seperti berikut…

1. Ibu bapa perlu tahu misi, visi dan objektif berumahtangga dan berkeluarga dengan jelas malah berusaha merealisasikannya. Perlu tahu merancang, supaya anak-anak juga akan merancang masa depannya dengan baik.

2. Ibu bapa perlu sentiasa mengenali dan tahu peribadi masing-masing untuk saling melengkapkan kekurangan yang ada. Ini akan mendorong anda untuk mengenali anak-anak dengan baik juga. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita memilih calon pasangan yang tepat supaya mempunyai misi yang sama dalam membina keluarga bahagia.

3. Ibu bapa perlu mencari bahagia berlandaskan hukum syarak. Janganlah setiap kali stress atau tertekan, mencari kebendaan untuk melepaskan tekanan tersebut, tetapi tidak mencari Allah SWT dahulu. Cari dulu siapa pencipta kita.

4. Ibu bapa perlu memulakan dengan melakukan semua aktiviti secara berjemaah dan menggalakkan kecenderungan minat yang sama di kalangan ahli keluarga.

5. Ibu bapa perlu menjadikan sifat Islam sebagai agama yang membawa rahmat serta tunjang untuk mengamalkan cara hidup Islami. Mudah-mudahan menjadi sebab kehidupan berkeluarga kami sentiasa di dalam rahmat Allah.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,368 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen