Bantu Anak Berdikari Tanpa Gadget Dengan Menggunakan 4 Kaedah Ini.

 

Gadget dan anak-anak masa kini sememangnya agak sukar untuk dipisahkan. Mana tidaknya, apabila mereka ini mula meragam, menangis mahupun tantrum maka dengan mudah ibu bapa memberi anak-anak mereka gadget untuk membiarkan anak mereka senyap seketika. Itu belum lagi membiarkan masa makan anak habis bersama gadget. Dengan alasan si anak tidak mahu duduk diam ketika sedang makan.

Masalah gadget ini sememangnya membimbangkan di kalangan anak-anak. Hal ini kerana, ia tidak bagus untuk kesihatan anak itu sendiri. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mampu membesar dengan baik melalui persekitarannya.



Banyak ibu bapa yang cuba untuk mengurangkan permainan gadget buat anak-anak mereka tetapi akhirnya mereka sendiri menyerah kalah dengan amukan anak-anak yang mahukan gadget setiap masa. Jika anda mempunyai masalah seperti ini, cuba untuk ikuti tips dari Puan Maryam Thoraya Arifin, mengenai bantu anak agar tidak bergantung pada gadget sentiasa.

Bantu ini bukan sekadar beli barang dan beri . Tetapi memberi sokongan dan hadirkan keterlibatan kita bersama mereka. Aduh, takkan setiap masa nak bersama mereka. Iya saya tidak bermaksud setiap masa. Tetapi kita cuba target ada waktu kualiti tu. Lama lama minat tu akan hadir. Tapi membantu anak mencari minat ini perlukan kita bantu dia untuk explore bincang dan cuba. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan santai sahaja dulu. Mulakan dari kita

                         

1. Sekiranya ada kerja perlu diselesaikan menggunakan gadget.

Biasakan merancang dan membuat kerja guna pen dan kertas atau jauh dari pandangan anak. Anak-anak kalau selalu nampak kita sibuk dengan gadget, dia pun teruja juga. Apatah lagi dalam tu ada cerita dan aktiviti kegemaran dia. Maka sekiranya gadget sering di ulang-tayang, maka meningkatlah kebarangkalian teringat pada gadget.

Wujudkan masa bebas gadget untuk diri sendiri. Katakan waktu malam adalah waktu ekslusif anda dan keluarga. Kebiasaan kita amat mempengaruhi anak. Sebenarnya seronok bila kita dah program ni dalam diri kita. Fikiran tak melayang ke banyak tempat dan lebih fokus. Selain itu, cuba tetapkan zone tanpa gadget. Contohnya semasa di meja makan, anda tidak akan guna gadget.

Sekiranya anda ada ingin baca update-update penting di social media contohnya, anda boleh save nota tersebut dengan cara screenshot atau tekan button”save”. untuk di facebook. Tak perlu baca semua maklumat dengan detail sekiranya tak sesuai masanya. Ini akan melatih disiplin kawalan gadget untuk diri sendiri sebelum anak-anak.

Jauhkan juga dengan habit “frequent checking”. Sekiranya anda membuat sesuatu post atau komen, jauhkan daripada banyak kali memeriksa respon. Tetapkan limitasi masa untuk mengendalikan sesuatu. Sekiranya anda mengendalikan jualan, tetapkan masa tertentu sahaja untuk menguruskan hal ini. Apabila anda terlalu kerap memeriksa, anda melatih otak anda untuk bergantung pada respon tanpa mengira masa walaupun anda tidak mahu ia berlaku.

                           

2. Sediakan Bahan, Ruang dan Masa.

Sediakan barang pengganti aktiviti gadget. Contohnya, buku, art & craft, komik kanak-kanak, bahan eksperimen, role play & construction toys dan yang paling mudah dan mahal sekali, sediakan diri kita untuk menjadi bahan mainan anak kita. Tanpa ada bahan, anak mungkin akan buntu nak buat apa. Pastikan beberapa perkara basic sentiasa ada bekalan di rumah iaitu kertas A4, kertas dari pebagai jenis warna atau material, gam & gunting.

Janganlah suruh mereka explore sendiri apa nak buat. Sebaliknya sama-sama kita explore dengan anak untuk bantu mereka mencari minat. Beraktiviti dengan anak, memang perlu komitment kita. Cuma oleh kerana keadaan kita berbeza. Jadi sesuaikan dengan keadaan dan kemampuan masing masing. Lama-lama, bila minat dah wujud, anak akan rasa mahu explore lebih. Dengan minimum supervision, bergantung umur.

                         

3. Aktiviti mengemas rumah.

Aktiviti kegemaran anak-anak boleh kita selang-selikan dengan aktiviti mengemas rumah. Aktiviti ini antaranya kemas bilik, mop lantai, sapu sampah, hidang meja, sidai baju, basuh kasut, basuh baju dan banyak lagi. Peranan kita ialah wujudkan keseronokan, bahasa, intonasi dan suasana positif, bukan suruh dan paksa. Wujudkan juga ikon tersendiri yang related dengan anak suka. Contohnya “Ninja Helper ” , “Dinosour Helper ” untuk mewujudkan suasana meriah dalam membantu.

                         

4. Awasi cara reward anak dengan gadget.

Reward adalah sesuatu yang bagus untuk menggalakkan tingkahlaku positif. Tetapi, ia perlu di awasi kekerapannya dan jangkawaktu antara reward sebelumnya dan berbaloi atau tidak dengan usaha mereka. Silap percaturan, ia akan menjadi sangat tidak efektif apabila terlalu kerap, jangkawaktu antara reward pertama dan kedua dekat dekat serta mudah sangat nak dapat reward.

Elakkan bila nak makan, menangis, merajuk terus tawarkan gadget sebagai percubaan pertama . Sebaliknya cuba dulu pendekatan lain. Kenapa? Kebiasaan kita buat begini menyebabkan kita dan anak bergantung pada gadget untuk selesaikan banyak perkara basic.

Anda juga boleh explore tentang reward tingkahlaku anak menggunakan sticker chart seperti dibawah. Sekiranya memang perlu guna gadget

Ini cadangan dari saya: Limitkan sehari berapa lama dan tetapkan rules dan regulations nya. Ini perlukan kebijaksanaan negosiasi dan kawalan. Katakan satu cerita, 20 minit sahaja. Kemudian aktiviti lain. Sebarang tambahan perlukan komitment lain, seperti kalau lengkapkan baca buku , menulis dan iqra , akan dapat tambah waktu . Atau untuk dapat gaget harini, cuba tulis cerita tentang kenapa saya suka sangat cerita ini. Untuk yang sudah pandai menulis, boleh cuba deal satu cerita ditonton, perlu disusuli satu write up cerita yang di tonton atau apa apa write up yang di persetujui.

Apapun, cuba tetapkan dulu limit maksimum sehari. Ubahsuai cadangan saya ikut kesesuaian ya. Kalau cerita, lagu, game dalam gadet tu bagus pun perlu limit? Iya perlu ada limit pada screen time anak. Kasihan mereka. Walaupun mereka suka. Tapi kita tahu side effect of dependency tu. Dependency adalah satu hal. Selain dari itu, screen time memang perlu ada contol kerana amat penting untuk kesihatan jangka panjang mata anak. Apatah lagi anak bawah 2 tahun. Usahakan alternatif walaupun memang kami fahami dunia ini amat mencabar dan banyak waktu kita amat sibuk dan rasa seperti tiada pilihan.

Tugas kita sekarang, ialah memperbaiki apa yang kurang, usahakan yang terbaik dan jangan biarkan dengan sengaja semua ini berlarutan tanpa usaha.


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." Al Baqarah ayat 195.


Sekian dulu buat masa ni. Sama sama kita saling membantu dan mengingatkan. Ada hari kita tahu, ada hari kita tak tahu. Ada hari Allah pinjamkan ilmu. Ada hari, kita sangat sangat tak tahu sesuatu. Ilmu Allah terlalu luas . Apa yang kita tahu hanyalah titisan dari lautan ilmu Allah.

Apapun, semuanya tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Moga teknologi yang hadir, kita dapat saling bertukar ilmu bagaimana menguruskannya agar memberi manfaat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,695 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen