4 Cara Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang Mempunyai Empati Yang Baik Pada Anak-Anak.

 

Setiap pasangan yang mahu berkahwin sepatutnya mempersiapkan diri masing-masing untuk jangka masa yang panjang, termasuklah dalam memiliki cahaya mata. Berkahwin bukan sekadar bersedia untuk menjadi pasangan yang terbaik, malahan perlu bersedia menjadi ibu bapa yang terbaik dikalangan anak-anak juga.

Empati adalah perasaan dimana kita sangat memahami hati dan perasaan insan lain, sehingga insan tersebut dapat merasakan aura positif dan ada daya ingin berubah ke arah positif juga. Jadi, ia sangat penting pada ibu bapa untuk mempunyai empati dalam diri supaya dapat menjadi contoh yang baik pada anak-anak, dan diikuti jejak langkah kedua ibu bapanya…

1. Menanam Sikap Ambil Berat Tentang Anak-Anak Dan Orang Lain.

Sikap ambil berat pada orang lain, bukan bermaksud busy body sehingga ingin mengaibkan diri mereka. Akan tetapi, apabila insan tersebut mempamerkan emosi, kita menjadi peka. Sebagai contoh, ketika anak-anak mula tantrum atau menunjukkan perasaan, ibu bapa menjadi peka dan bukannya membuat tidak tahu sahaja.

Kalau bukan tantrum, walaupun sudah menunjukkan reaksi mahu menangis, ibu bapa menjadi peka dan mula bertanya kenapa sedih? Kenapa menangis? Perhatian sebegini yang anak-anak mahukan.

2. Cuba Memahami Anak-Anak Tanpa Ada Prejudis dan Sinis.

Para ibu bapa perlu mendengar luahan dan pendapat anak-anak, tanpa prejudis dan sinis. Jadilah pendengar setia. Jadilah ‘telinga’ kepada anak-anak, supaya anak-anak lebih mesra untuk meluahkan perasaannya kepada ibu bapa, tetapi bukan sahabat mereka. Daripada sini, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mempengaruhi minda anak-anak, supaya anak-anak merasakan ibu bapa adalah tempat yang laing selamat untuk meluahkan perasaan.

Oleh kerana itu, para ibu bapa akan merasakan mengapa anak-anak zaman sekarang mudah terpengaruh dengan sahabat dan tidak mahu mendengar kata-kata mereka. Disebabkan tiada pengaruh yang kuat dari ibu bapa, anak-anak terleka dengan sahabat.

3. Meletakkan Diri Dalam Kasut Anak-Anak.

Menjadi orang tua dan berpengalaman pada anak-anak, sudah tentu pernah menjalani hidup sebagai anak-anak kecil malah anak remaja yang suka memberontak. Jadi, anda sendiri pasti tahu sikap mereka adalah datangnya dari sikap anda ketika waktu muda juga. Apabila anak-anak suka memberontak, dan berlaku sama seperti waktu anda muda dahulu, jangan lakukan perkara yang sama yang pernah anda alami.

Namun, peluklah anak-anak, kunci mulut dari melemparkan kata-kata makian dan negatif.

4. Memberi Peluang Pada Anak-Anak Untuk Membina Keputusan Sendiri.

Membiarkan anak-anak membuat keputusan adalah salah satu perkara yang ralat untuk dilakukan oleh para ibu bapa. Ini kerana takut sekiranya anak-anak membuat keputusan yang tidak betul. Jadi, sebagai ibu bapa, memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat keputusan adalah dimana membuat solusi untuk satu masalah.

Tidaklah daripada kecil, asalkan anak ada masalah sahaja, ibu bapa yang selesaikan. Ini akan mendorong anak-anak tidak tahu untuk bertanggung jawab atas sesuatu kesalahan yang pernah dibuat. Ibu bapa boleh mendengar masalah anak-anak, tetapi beri peluang untuk mereka menyelesaikan masalah sendiri.

Oleh itu, ibu bapa memang amat digalakkan untuk mempunyai empati dalam diri supaya ia menjadi contoh yang baik untuk anak-anak. Supaya ketika mereka dewasa, tidaklah mementingkan diri sendiri sehingga tidak terfikir tentang orang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen