“Teruskan Istiqamah Dalam Diri Isteriku Agar Kekal Berhijab…” Doa Fadzil Zahari, Untuk Yana Samsudin.

 

Pasangan suami isteri memang seharusnya perlu saling berdoa untuk diri masing-masing demi kesejahteraan rumah tangga. Dengan peredaran zaman masa kini, terlalu banyak perkara yang tidak terjangka, dan tidak dapat diterima akal masyarakat. Hanya dengan kekuatan iman yang dibekalkan mampu mengukuhkan kedudukan kita sebagai umat islam di atas muka bumi yang sementara ini.

Kalau tak kuat, habis…

Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, adalah zaman viral. Ada sahaja yang tidak kena pada mata netizen pasti akan terus viral, terutamanya jika berlaku pada para selebriti dengan isu yang sentiasa panas iaitu berhijab. Serangan yang bertubi-tubi akan membuatkan seseorang menjadi mangsa cyber buli.

Seperti perkongsian dari suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari juga tidak putus-putus doa buat isterinya, supaya beristiqamah dalam berhijab…

********

fadzilzahari

Ya Allah Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami... Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apa cabaran menimpa, walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini... amin..

********

Post ini juga turut dikomen oleh Yana sendiri malah mendapat sambutan yang baik dari ramai netizen dan mendoakan kesejahteraan Yana dan suaminya.

********

Semoga Kita Sentiasa Mendoakan Kesejahteraan Orang Ramai! Doa Yang Baik-Baik!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen